Minhwa
Minhwa (Hangul:민화; Jawi: مينهوا) merujuk kepada seni rakyat Korea yang dihasilkan kebanyakannya oleh artis berkelana atau tidak dikenali tanpa latihan formal, meniru trend kontemporari dalam seni rupa untuk tujuan penggunaan atau hiasan seharian.[1] Istilah "minhwa" ditempa oleh Yanagi Muneyoshi.[2]
| Minhwa | |
|---|---|
![]() Minhwa ini menggambarkan harimau, subjek yang popular dalam seni Korea. | |
| Nama Korea | |
| Hangul | 민화 |
| Hanja | 民畵 |
| Perumian Semakan | Minhwa |
| McCune–Reischauer | Minhwa |
Minhwa secara harfiah bermaksud "lukisan rakyat" atau "lukisan popular". Lukisan jenis ini sering menjadi karya para tukang tanpa nama yang setia mengikuti gaya, kanun dan genre yang diwarisi dari masa lalu. Minhwa juga melibatkan dimensi ajaib. Mereka dipercayai memiliki nilai yang bermanfaat dan melindungi pemilik dan keluarganya daripada kekuatan jahat. Mereka menampilkan tema popular seperti burung jenjang, batu, air, awan, matahari, bulan, pokok pain, kura-kura, serangga dan bunga.
Setelah kemerosotan semasa pemerintahan jajahan, bentuk seni ini mengalami ledakan sebentar hingga kembali sunyi ketika Perang Korea. Namun, pada tahun 1980-an, terdapat kebangkitan seni Minhwa, hinggakan minat dan popularitinya berterusan hingga hari ini.
Galeri
Hwanjogujado (gambar anak anjing dan bunga, burung)
Kucing
Gammo yeojaedo (감 모여 제도 感 慕 如 在 圖)
Harimau
Burung magpie dan harimau
Ssanghak pandodo, secara harfiah "gambar dua burung jenjang dan buah piang kaki di Sungyeong", syurga Taoisme Korea
Eohado (gambar ikan dan ketam)
Chaekgeoli
Hwajodo (bunga dan burung)
Jangsaeng hwarakdo
Munjado
Munjado
Rujukan
- Korean Culture and Information Service (2011). Korean Beauty (dalam bahasa Inggeris). 길잡이미디어. m/s. 272. ISBN 9788973751204. Dicapai pada 3 December 2017.
- "민화". Encyclopedia of Korean Folk Culture. National Folk Museum of Korea. Dicapai pada 15 September 2018.

