Memerang

Memerang (Jawi: ممرڠ), memberang (Jawi: ممبرڠ atau ممبيرڠ) atau berang-berang (Jawi: برڠ ٢) ialah haiwan separa akuatik karnivora terangkum dalam cabang Lutrinae keluarga Mustelidae. Spesies haiwan-haiwan ini sering didapati di kawasan sekitaran jasad air seperti tasik, sungai dan di laut setiap benua kecuali Australasia dan Antartika memburu ikan.

Memerang
Memerang Kecil
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Mustelidae
Subkeluarga:
Lutrinae
Genus

Amblonyx
Aonyx
Enhydra
Lontra
Lutra
Lutrogale
Pteronura

Peristilahan

Nama memerang dan memberang adalah hasil penggandaan separa kata berang-berang[1] yang pernah dikhususkan untuk spesies memerang kumis (Lutra sumatrana) atau memerang Eropah (Lutra vulgaris).[2] Nama memerang cenderung digunakan di Kedah[3] dan terutamanya Singapura yang terkenal taburan haiwan ini di taman-taman sekeliling kawasan bandar; manakala memberang lebih digunakan di Indonesia.[4] Kata bemberang juga didapati dalam dialek Riau.[2]

Gambaran

Memberang mempunyai badan lonjong dan kurus serta berkaki pendek dan berkulit cantum membolehkan berenang laju. Berang-berang juga mempunyai kebolehan menahan nafas dalam suatu tempoh lama semasa menyelam dalam air. Haiwan-haiwan ini mempunyai cakar tajam dan hampir semua spesies mempunyai ekor yang panjang dan kuat.

Taksonomi

Genus Spesies
Lutra Brisson, 1762
Hydrictis Pocock, 1921
  • Memerang tengkuk bintik (Hydrictis maculicollis)
Lutrogale (Gray, 1865)
Lontra Gray, 1843
  • Memerang sungai Amerika Utara (Lontra canadensis)
  • Memerang sungai Amerika Selatan (Lontra provocax)
  • Memerang neotropika (Lontra longicaudis)
  • Memerang kucing (Lontra felina)
Pteronura Gray, 1837
  • Memerang besar (Pteronura brasiliensis)
Aonyx Lesson, 1827
  • (Aonyx capensis)
  • Memerang kecil (Aonyx cinereus)
  • Memerang Congo (Aonyx congicus)
Enhydra Fleming, 1828
  • Memerang laut (Enhydra lutris)

Rujukan

  1. "berang-berang". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016. "berang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. "berang" di Wilkinson (1901), m/s. 96.
  3. "memerang" di Wilkinson (1901), m/s. 654.
  4. Lihat:
    • "memberang". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016.
    • "memberang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  • Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.