Manuel Roxas

Manuel Acuña Roxas (1 Januari 1892 15 April 1948) ialah presiden pertama Republik Filipina merdeka. Dia berkhidmat sebagai presiden selepas Filipina merdeka pada tahun 1946 sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 1948.

Manuel Acuña Roxas
Presiden Filipina ke-5
Presiden Komanwel ke-3
Presiden Republik Ketiga pertama
Dalam jawatan
28 Mei 1946 (sebagai Presiden Komanwel, kemudian Presiden Republik)  15 April 1948
Naib PresidenElpidio Quirino
Didahului olehSergio Osmeña
Digantikan olehElpidio Quirino
Gabenor Capiz
Dalam jawatan
1919–1921
Butiran peribadi
Lahir1 Januari 1892
Capiz (kini Bandar Roxas), Capiz
Meninggal dunia15 April 1948(1948-04-15) (umur 56)
Pangkalan Udara Clark, Pampanga
Tempat persemadianTanah Perkuburan Utara Manila, Santa Cruz, Manila, Filipina
Parti politikParti Liberal (1945–1948)
Sekutu gabungan
politik lain
Parti Nacionalista (sebelum 1945)
PasanganTrinidad de Leon
Alma materUniversiti Manila
Kolej Undang-Undang Universiti Filipina
Tandatangan

Kerjaya dan Kehidupan Awal

Roxas dilahirkan pada 1 Januari 1892 di Capiz, Capiz, sebuah bandar yang diberi nama bersempena nama beliau sebagai satu tanda penghormatan kepada Rosario Acuña. Bapa Roxas, Gerardo Roxas, Sr., meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan.

Roxas menuntut pengajian peringkat tinggi di Universiti Manila, dan dalam bidang undang-undang di Universiti Filipina. Kerjaya politiknya bermula sebagai seorang pegawai kehakiman wilayah. Pada tahun 1921, dia dilantik menjadi Ahli Dewan Perwakilan Filipinan dan pada tahun berikutnya dia dilantik pula menjadi speaker.

Selepas Komanwel Filipina ditubuhkan pada tahun 1935, Roxas menjadi Ahli Persidangan Kebangsaan dan berkhidmat (1938-1941) sebagai Setiausaha Kewangan dalam kabinet Presiden Manuel L. Quezon. Selepas pemindaan dibuat kepada Perlembagaan Filipina 1935 akhirnya pada tahun 1941 ia disahkan. Roxas kemudian dipilih (1941) ke Senat Filipina, tetapi gagal menjalankan tugas apabila tercetusnya Perang Dunia II. Beliau kembali berkhidmat pada tahun 1945.

Dia dipilih menjadi pegawai perantara di antara kerajaan Komanwel dan Tentera Amerika Syarikat di Timur Jauh yang diketuai oleh Jeneral Douglas MacArthur. Dia menemani Presiden Quezon ke Corregidor yang mana dia menyelia pemusnahan mata wang Filipina bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan pihak Jepun. Apabila Quezon meninggalkan Corregidor, Roxas berlepas ke Mindanao untuk mengetuai pasukan penentangan di sana. Dia dipilih menjadi pengganti Presiden kerana bimbang akan tertangkapnya Quezon atau Naib Presiden Sergio Osmeña. Roxas ditangkap oleh pasukan tentera Jepun pada tahun 1942. Selepas dipenjarakan buat beberapa ketika, dia dibawa ke Manila untuk menandatangani Perlembagaan yang ditaja Jepun bagi penubuhan Republik Filipina. Dia diberi tanggungjawab terhadap polisi ekonomi di bawah kerajaan pimpinan Jose P. Laurel. Pada masa itu juga beliau berkhidmat sebagai ejen perisikan kepada pasukan gerila Filipina. Pada tahun 1944 dia ditangkap ketika cuba melarikan diri ke kawasan yang dikuasai pihak Bersekutu. Kepulangan tentera Amerika Syarikat ke Filipina menyebabkan dia ditahan dan dituduh menjadi tali barut pihak Jepun. Selepas peperangan tamat, Jeneral Douglas MacArthur membebaskan beliau daripada segala tuduhan dan menjadikan dia pengawai perantara bagi pihak tentera Amerika.

Apabila Kongres Filipina bersidang pada tahun 1945, mereka memilih Roxas sebagai Presiden Senat. Semasa Pilihan Raya Umum tahun 1946, Roxas bertanding sebagai calon bagi Parti Liberal dengan sokongan kuat Jeneral MacArthur. Lawannya ialah Sergio Osmeña, yang enggan menjalankan sebarang kempen atas alasan rakyat Filipina tahu akan reputasinya. Walau bagaimanapun, semasa pilihan raya yang berlangsung pada 23 April 1946 Roxas memenangi 54 peratus daripada jumlah undi, dan Parti Liberal memenangi majoriti dalam badan perundangan. Apabila kemerdekaan Filipina diiktiraf Amerika Syarikat pada 4 Julai 1946, dia menjadi presiden pertama republik baru.

Presiden

Pada tahun 1948, Roxas mengisytiharkan pengampunan buat pihak yang ditangkap kerana bersengkokol dengan tentera Jepun semasa Perang Dunia II, kecuali buat mereka yang terlibat dalam jenayah kejam.

Kematian

Manuel Roxas (tiga dari kiri), pada 15 April 1948, melihat sebuah pertunjukan udara di Pangkalan Udara Clark. Dia meninggal dunia beberapa jam selepas gambar ini diambil.

Manuel Roxas mengahwini Doña Trinidad de Leon dan mempunyai dua orang anak iaitu Ruby dan Gerardo "Gerry" Roxas, Jr. yang menjadi ahli kongres dan ketua Parti Liberal.

Beliau meninggal dunia pada 5 April 1948 sewaktu berusia 56 tahun, akibat serangan jantung semasa berucap di Pangkalan Udara Clark. Pada hari itu, Presiden Manuel Roxas menghadiri satu majlis di Pangkalan Udara Tetera Amerika di Pampanga. Disana, Roxas telah mengadu sakit kepala dan sesak nafas. Roxas lalu dibawa ke kediaman Mejar Jeneral E.L Eubank dimana Roxas meninggal dunia malam itu juga. Naib Presiden Elpidio Quirino mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina yang baru selepas pengebumian Manuel Roxas di Tanah Perkuburan Utara Manila keesokan harinya.

Dua orang anak cucu Manuel Roxas yang kemudiannya mengikuti jejak langkah bapa dan datuk mereka iaitu; Senator Manuel Mar Araneta Roxas II dan Ahli Kongress Gerardo Dinggoy Roxas, Jr. Dinggoy Roxas, yang menjadi wakil rakyat di Capiz, meninggal dunia pada tahun 1992 akibat kanser.

Kabinet dan Perlantikan Kehakiman 1946-48

Komanwel Filipina menjadi Republik Filipina pada 4 Julai 1946. Semasa tarikh itu, Setiausaha Luar Negara menjadi orang yang pertama dalam susunan kabinet.

JAWATANNAMAKHIDMAT
PresidenManuel Roxas19461948
Naib PresidenElpidio Quirino19461948
Setiausaha Luar NegaraElpidio Quirino19461948
Setiausaha Dalam NegeriJose Zulueta19461948
Setiausaha KewanganMiguel Cuaderno19461948
Setiausaha KeadilanRamon Ozaeta19461948
Setiausaha Pertanian dan PerdaganganMariano Garchitorena19461948
Setiausaha Kerja Awam dan KomunikasiRicardo Nepumoceno19461948
Setiausaha ArahanManuel Gallego19461948
Setiausaha BuruhPedro Magsalin19461948
Setiausaha Keselamatan KebangsaanRuperto Kangleon19461948
Setiausaha Kesihatan dan Kebajikan MasyarakatAntonio Villarama19461948
Pejabat Audit BesarSotero Cabahug19451946
Setiausaha PresidenJose S. Reyes19451946
Pesuruhjaya ResidenCarlos P. Romulo19451946

Pautan luar

Rujukan

  • Zaide, Gregorio F. (1984). Philippine History and Government. National Bookstore Printing Press.
Didahului oleh
?
Gabenor Capiz
19191922
Diikuti oleh:
?
Didahului oleh
Antonio Habana
Wakil Daerah Capiz
19221934
Diikuti oleh:
Ramon A. Arnaldo
Didahului oleh
Sergio Osmeña
Speaker Dewan Perwakilan Filipina
19221933
Diikuti oleh:
Quintin Paredes
Didahului oleh
-
Delegasi Konvensyen Perlembagaan
19341935
Diikuti oleh:
-
Didahului oleh
-
Persidangan Kebangsaan
19351938
Diikuti oleh:
?
Didahului oleh
?
Setiausaha Kewangan
19381941
Diikuti oleh:
?
Didahului oleh
-
Pegawai Perantara Tentera Amerika Syarikat dan Kerajaan Filipina
19411942
Diikuti oleh:
-
Didahului oleh
Jorge Vargas
Setiausaha Eksekutif
1942
Diikuti oleh:
Arturo Rotor
Didahului oleh
?
Pentadbir NARIC
19431945
Diikuti oleh:
dibubarkan
Didahului oleh
dipulihkan
Presiden Senat Filipina
19451946
Diikuti oleh:
Jose Avelino
Didahului oleh
Sergio Osmena
Presiden Filipina
19461948
Diikuti oleh:
Elpidio Quirino
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.