Libya

Libya atau rasminya Negara Libya (bahasa Arab: ليبيا, yang diartikan ke dalam bahasa Libya Lībyā atau دولة ليبيا) terletak di Afrika Utara, bersempadan dengan Laut Tengah, Mesir di sebelah timur, Sudan di tenggara, Chad dan Niger di selatan serta Algeria dan Tunisia di sebelah barat. Ibu kota negaranya adalah Tripoli. Bilangan penduduk Libya hampir mencecah 6 juta orang tetapi dianggap sebagai sedikit jika dibandingkan keluasan negaranya yang amat luas sehingga dikira sebagai negara ke-17 terbesar di dunia.

Negara Libya
نڬارا ليبيا

دولة ليبيا
Daulah Lībyā
Bendera Jata
Lagu kebangsaan: Libya, Libya, Libya
Ibu negara
(dan Bandar terbesar)
Tripoli[a]
Bahasa rasmiArab[b]
Bahasa lisanIbrani, Suryani, Arab Libya,& Barbar
KerajaanDiragui akibat peperangan
Kemerdekaan
 Dilepaskan oleh Itali
10 Februari 1937
 Dari United Kingdom & Libya daripada Peramanahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
24 Disember 1951
Area
 Jumlah
1,759,541 km2 (679,363 bt2) (ke-17)
 Perairan (%)
Air permukaan kecil, takungan air di bawah tanah.
Penduduk
 Perkiraan 2019
6,426,888[1] (75)
 Bancian Penduduk 2006
9,670,688[c]
13.6/km2 (35.2/sq mi) (118)
KDNK (PPP)2019
 Jumlah
$89.74 billion[2]
$14,043[2]
KDNK (nominal)2019
  Jumlah
$59.63 bilion[2]
$9,278[2]
HDI (2019)Templat:Stable0.730[3]
Ralat: Nilai IPM tidak sah
Mata wangDinar
(LYD)
Zon waktuWET
(UTC+2)
Bahagian memanduright
Nombor telefon218
DPT internet.ly
a.   Libyan Arabic and other varieties, like Berber languages in certain low-populated areas, are the spoken languages, while literary Arabic is the official written language. b.   Includes 350,000 foreigners

Nama "Libya" berasal daripada bahasa Mesir iaitu "Lebu", yang merupakan sebutan bagi orang-orang Berber yang tinggal di sebelah barat Sungai Nil, dan dipinjam oleh bahasa Yunani sebagai "Libya". Pada zaman Yunani kuno, istilah ini mempunyai erti yang lebih luas, yang mencakupi seluruh Afrika Utara di sebelah barat Mesir, dan kadang-kadang juga ditujukan untuk seluruh benua Afrika.

Libya adalah sebuah kerajaan yang didirikan pada 24 Disember 1951. Raja Idris I bertindak sebagai pemimpin pemerintahan. Itali telah mencuba untuk merebut Libya dari Turki dan menjadikannya wilayah jajahan. Tetapi, negara yang berbatasan dengan Laut Tengah ini mendapat kemerdekaan dan kebebasan setelah Itali menyerah kalah kepada Sekutu dalam Perang Dunia Kedua.

Pada 2011, Libya terjebak dalam suatu perang saudara yang merupakan akibat daripada tempiasan Revolusi Arab 2011 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Tunisia pimpinan Zine El Abidine Ben Ali dan Mesir pimpinan Hosni Mubarak. Pihak pro-demokrasi mengisytiharkan penubuhan Pemerintah Sementara Libya yang dinamakan Majlis Peralihan Kebangsaan pimpinan Mustafa Abdul Jalil, bekas Menteri Kehakiman Libya yang telah berpaling tadah dari Kerajaan Jamahiriya pimpinan Gaddafi.

Kota Besar

Tripoli pada malam

Lihat juga

Rujukan

  1. Department of Economic and Social Affairs Population Division (2009). "World Population Prospects, Table A.1" (PDF). 2008 revision. United Nations. Dicapai pada 2009-03-12. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. "Libya". International Monetary Fund. Dicapai pada 2011-04-18.
  3. "Human Development Report 2010" (PDF). United Nations. 2010. Dicapai pada 2010-11-05.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.