Letupan velar bersuara
Letupan velar bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɡ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan g dalam X-SAMPA. Aksara IPA-nya sepatutnya hanya ditulis dalam bentuk huruf "g berekor terbuka"
, tetapi huruf "g berekor gelung"
juga boleh diterima.
| Nombor AFA | 110 | ||
|---|---|---|---|
| Pengekodan | |||
| X-SAMPA | g | ||
| |||
| Sampel audio | |||
|
sumber · bantuan | |||
Dalam bahasa Melayu, letupan velar bersuara dilambangkan oleh huruf g, contohnya: gagak, mangga dan beg.
Ciri-ciri
Ciri-ciri letupan velar bersuara:
- Cara artikulasinya adalah letupan atau hentian, iaitu dihasilkan dengan menghalang aliran udara dalam saluran vokal.
- Daerah artikulasinya adalah velar, iaitu disebut dengan bahagian belakang lidah (dorsum) menyentuh lelangit lembut (velum).
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Bentuk varian [ɡ]
| IPA | Huraian |
|---|---|
| ɡ | g biasa |
| ɡʱ atau ɡ̈ | g bersuara mengah |
| ɡʲ | g terlelangit |
| ɡʷ | g terbibir |
| ɡ̚ | g tak terlepas |
| ɡ̊ | g tak bersuara atau kendur |
Penggunaan
| Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
|---|---|---|---|---|---|
| Melayu | [guni] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ɡuni] | 'guni' | Rujuk fonologi bahasa Melayu | |
| Arab[1] | Mesir | راجل | [ˈɾˤɑːɡel] | 'lelaki' | Rujuk fonologi bahasa Arab |
| Sesetengah loghat Yaman | قال | [ɡɑːl] | 'katanya' | ||
| Belanda[2] | [zakdoek] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˈzɑɡduk] | 'sapu tangan' | Rujuk fonologi bahasa Belanda | |
| Catalonia[3] | [gros] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˈɡɾɔs] | 'besar' | Rujuk fonologi bahasa Catalonia | |
| Georgia[4] | გული | [ˈɡuli] | 'belakang' | ||
| Hindi | Ralat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template. | [ɡɑːnɑː] | 'lagu' | Dibezakan dengan bentuk berhembusan. Rujuk fonologi bahasa Hindi-Urdu | |
| Inggeris | [gasp] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˈɡæsp] | 'tercungap-cungap' | Rujuk fonologi bahasa Inggeris | |
| Itali[5] | [gare] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˈɡare] | 'pertandingan' (jamak) | Rujuk fonologi bahasa Itali | |
| Jepun[6] | 癌/gan | [ɡaɴ] | 'barah' | Rujuk fonologi bahasa Jepun | |
| Perancis[7] | [gain] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ɡɛ̃] | 'pendapatan' | Rujuk fonologi bahasa Perancis | |
| Poland[8] | [gmin] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ɡmʲin] | 'marhaen' | Rujuk fonologi bahasa Poland | |
| Portugis[9] | [língua] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˈlĩɡwɐ] | 'lidah' | Rujuk fonologi bahasa Portugis | |
| Rusia[10] | голова | [ɡəlɐˈva] | 'kepala' | Rujuk fonologi bahasa Rusia | |
| Sepanyol[11] | [gato] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˈɡato̞] | 'kucing' | Rujuk fonologi bahasa Sepanyol | |
| Zapotec | Tilquiapan[12] | gan | [ɡaŋ] | 'akan mampu' | Bergantung kepada ketelitian pertuturan, [ɡ] boleh dileniskan menjadi [ɣ] |
Rujukan
- Watson (2002:16-17)
- Gussenhoven (1992:45)
- Carbonell & Llisterri (1992:53)
- Shosted & Chikovani (2006:255)
- Rogers & d'Arcangeli (2004:117)
- Okada (1991:94)
- Fougeron & Smith (1993:73)
- Jassem (2003:103)
- Cruz-Ferreira (1995:91)
- Padgett (2003:42)
- Martínez-Celdrán, Fernández-Planas & Carrera-Sabaté (2003:255)
- Merrill (2008:108)
Bibliografi
- Carbonell, Joan F.; Llisterri, Joaquim (1992), "Catalan", Journal of the International Phonetic Association, 22 (1–2): 53–56
- Cruz-Ferreira, Madalena (1995), "European Portuguese", Journal of the International Phonetic Association, 25 (2): 90–94
- Fougeron, Cecile; Smith, Caroline L (1993), "Illustrations of the IPA:French", Journal of the International Phonetic Association, 23 (2): 73–76
- Gussenhoven, Carlos (1992), "Dutch", Journal of the International Phonetic Association, 22 (2): 45–47
- Jassem, Wiktor (2003), "Polish", Journal of the International Phonetic Association, 33 (1): 103–107
- Martínez-Celdrán, Eugenio; Fernández-Planas, Ana Ma.; Carrera-Sabaté, Josefina (2003), "Castilian Spanish", Journal of the International Phonetic Association, 33 (2): 255–259
- Merrill, Elizabeth (2008), "Tilquiapan Zapotec", Journal of the International Phonetic Association, 38 (1): 107–114
- Okada, Hideo (1991), "Phonetic Representation:Japanese", Journal of the International Phonetic Association, 21 (2): 94–97
- Padgett, Jaye (2003), "Contrast and Post-Velar Fronting in Russian", Natural Language & Linguistic Theory, 21 (1): 39–87
- Rogers, Derek; d'Arcangeli, Luciana (2004), "Italian", Journal of the International Phonetic Association, 34 (1): 117–121
- Shosted, Ryan K.; Vakhtang, Chikovani (2006), "Standard Georgian", Journal of the International Phonetic Association, 36 (2): 255–264
- Watson, Janet (2002). The Phonology and Morphology of Arabic. New York: Oxford University Press.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.