Kim Hee-sun

Kim Hee-sun (lahir 11 Jun 1977) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan. Beliau mula terkenal semasa tahun 1990-an selepas muncul di dalam drama Men of the Bath House (1995), Propose (1997), Wedding Dress (1997), Forever Yours (1998), Mister Q (1998), Sunflower (1998) dan Tomato (1999). Kim juga membintangi drama Faith (2012) dan Angry Mom (2015).

Kim Hee-sun
Kelahiran (1977-06-11) 11 Jun 1977
Nama lainKim Hee-seon
PendidikanTeater dan Perfileman
Pusat pendidikanUniversiti Chung-Ang
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1993–sekarang
EjenHinge Entertainment
PasanganPark Ju-young (k. 2007)
Nama Korea
Hangul김희선
Perumian SemakanGim Hui-seon
McCune–ReischauerKim Hŭi-sŏn

Kerjaya

Kim Hee-sun memenangi sebuah Pertandingan Kecantikan Wajah Cerah pada tahun 1992 ketika beliau merupakan seorang pelajar sekolah menengah dan mula menjadi model di dalam majalah remaja. Pada tahun 1993, Kim muncul di dalam sebuah iklan komersial untuk Lotte Samkang. Beliau kemudiannya dipilih untuk berlakon di dalam drama Dinosaur Teacher dan dipilih sebagai pengacara untuk program muzik Live TV Music 20 pada tahun yang sama.[1]

She menikmati kemuncak popularitinya semasa pertengahan sehingga lewat tahun 1990-an dengan membintangi drama terkenal termasuk Men of the Bath House (1995), Propose (1997), Wedding Dress (1997), Forever Yours (1998), Mister Q (1998), Sunflower (1998) dan Tomato (1999). Kim memenangi Anugerah Utama di Anugerah Drama SBS 1998 untuk drama Mister Q, menjadikan beliau pemenang Dasesang termuda dalam sejarah ketika berumur 21 tahun.

Beliau membuat penampilan filem pertamanya pada tahun 1997 di dalam Repechage dan pengarah filem tersebut, Lee Kwang-hoon meletakannya di dalam filem beliau yang seterusnya, Ghost in Love (1999). Kim kemudiannya muncul di dalam filem Bichunmoo yang dirakam di China dan mula ditayangkan pada tahun 2000. Walaupun persembahan lakonnanya dikritik, filem ini berjaya meningkatkan popularitinya di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Bersama-sama drama terkenal beliau yang lain, ia berjaya mengukuhkan kedudukanya sebagai seorang bintang Hallyu di China, Hong Kong, Taiwan dan Asia Tenggara.[2][3]

Pada tahun 2001, Kim membintangi filem Wanee & Junah. Walaupun persembahan lakonan beliau menerima ulasan menggalakkan daripada pengkritik, filem ini gagal dari segi komersial. Pada tahun 2003, beliau membintangi filem A Man Who Went to Mars (juga dikenali sebagai A Letter From Mars) bersama Shin Ha-kyun.[4] Beliau kembali ke televisyen menerusi drama My Fair Lady (2003) yang diadaptasi dari drama Jepun, Yamato Nadeshiko dan Sad Love Story (2005) dimana beliau melakonkan watak seorang penyanyi buta. Walau bagaimanapun, kedua-dua drama ini menerima rating rendah.[5][6][7]

Oleh kerana populariti beliau di kalangan penonton China, Kim kemudiannya dipilih untuk berlakon bersama-sama Jackie Chan di dalam filem The Myth. Beliau mempelajari Bahasa Mandarin untuk filem ini.[8] Kembali Korea, beliau mmebintangi drama Smile Again pada tahun 2006. Kim berkahwin pada tahun 2007 dan meninggalkan dunia hiburan. Kim berehat daripada lakonan selama lima tahun dan semasa tempoh ini,[9] beliau menerbitkan sebuah buku bertajuk Kim Hee-sun's Happy Mom Project pada tahun 2009.[10][11][12][13] Walaupun beliau mempunyai peranan kecil di dalam filem China, The Warring States (2011),[14] Kim secara rasminya membuat kemunculan kembali beliau pada tahun 2012 menerusi drama Faith.[15][16][17][18][19][20]

Pada tahun 2013, Kim menjadi salah seorang daripada pengacara musim kedua rancangan varieti, Strong Heart bertajuk Hwasin – Controller of the Heart.[21] Selepas Hwasin dibatalkan, beliau dipilih untuk berlakon di dalam drama Wonderful Days (2014).[22][23] Kim kemudiannya membintangi drama Angry Mom pada tahun 2015 dimana persembahan lakonan beliau dipuji oleh pengkritik.[24] Beliau kemudiannya mula menjalani penggambaran drama fantasi China, Ice Fantasy yang mula disiarkan pada bulan Julai 2016.

Kehidupan peribadi

Kim berkahwin dengan ahli perniagaan, Park Ju-young di dalam sebuah majlis yang berlangsung di Hotel Sheraton Grande Walkerhill Seoul pada 19 Oktober 2007.[1][25][26] Beliau melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Park Yeon-ah pada 21 Januari 2009.[27][28][29]

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran
1993Dinosaur TeacherKim Hee-sunSBS
1994The Story of ChunhyangSeong ChunhyangKBS1
1995Agatha ChristieLee Joon-heeSBS
Sons of the WindLee Yeon-hwaKBS2
Men of the Bath HouseKim Soo-kyungKBS2
1996Colors "White Side"Kim Hye-jin / Song Eun-youngKBS2
A Faraway CountrySeo Woon-haKBS2
1997ProposeKim Yoo-raKBS2
New York StoryJae-inSBS
Wedding DressKim Doo-naKBS2
1998Forever YoursHan Seo-heeMBC
Mister QHan Hye-wonSBS
SunflowerHan Soo-yeonMBC
1999TomatoLee Han-yiSBS
Goodbye My LoveSeo Yeon-jooMBC
2003My Fair LadyHa Min-kyungSBS
2005Sad Love StoryPark Hye-inMBC
2006Smile AgainOh Dan-heeSBS
2012FaithYoo Eun-sooSBS
2014Wonderful DaysCha Hae-wonKBS2
2015Angry MomJo Kang-jaMBC
2016 Ice Fantasy Lian Ji Hunan TV
2017Woman of DignityWoo Ah JinTBA

Filem

Tahun Tajuk Peranan
1997RepechageEun-hye
1999Ghost in LoveJin Chae-byul
CallaKang Ji-hee
2000BichunmooSullie
2001Wanee & JunahWa-ni
2003A Man Who Went to MarsSo-hee
2005The MythPrincess Ok-soo
2011The Warring StatesPang Fei

Rancangan varieti

Tahun Tajuk Saluran Nota
1993Live TV Music 20SBSPengacara
1995TV Time TravelMBCPengacara
1996-1998Live TV Music 20SBSPengacara
1999There Is Something Special
with Kim Hee-sun
SBSPengacara
2001A Very Special Gift with Kim Hee-sunSBSPengacara
2009Human Documentary Love:
I Want to Be Thumbelina's Mom Ⅲ
MBCPencerita dokumentari
2012TaxitvNTetamu, episod 227
Running ManSBSTetamu, episod 100
Healing Camp, Aren't You HappySBSTetamu, episod 74-75
2013Hwasin – Controller of the HeartSBSPengacara
2014Happy TogetherKBS2Tetamu, episod 339
2015With You All the WayZhejiang Satellite TVTetamu, episod 4
2017Knowing BrosJTBCTetamu, episod 66

Buku

Tahun Tajuk Penerbit
2009Kim Hee-sun's Happy Mom ProjectL Company

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Kerja Keputusan
1992Pertandingan Kecantikan Wajah CerahAnugerah Utama (Daesang)N/AMenang
1995Anugerah Drama KBSPelakon Baru Wanita TerbaikSons of the WindMenang
1996Anugerah Seni Baeksang ke–32Pelakon Baru Wanita Terbaik (TV)Men of the Bath HouseMenang
Anugerah Drama KBSAnugerah Kecemerlangan, Pelakon WanitaA Faraway Country, ColorsMenang
1997Anugerah Drama KBSAnugerah PopularitiProposeMenang
1998Anugerah Drama SBSAnugerah Utama (Daesang)Mister QMenang
Anugerah Drama MBCAnugerah PopularitiForever Yours, SunflowerMenang
2000Anugerah Seni Baeksang ke–36Pelakon Wanita Paling Popular (TV)TomatoMenang
Anugerah Filem Blue Dragon ke–21Anugerah Bintang PopularBichunmooMenang
Anugerah Drama SBSAnugerah SBSiTomatoMenang
Anugerah Bintang BesarMenang
2001Anugerah Filem Blue Dragon ke–22Pelakon Wanita TerbaikWanee & JunahTercalon
Anugerah Bintang PopularMenang
2002Anugerah Seni Baeksang ke–38Pelakon Wanita Paling Popular (Filem)Menang
2003Anugerah Bintang Terbaik Andre Kim PertamaAnugerah BintangN/AMenang
2005Hari Pembayar Cukai ke–39Pujian Perdana MenteriN/AMenang
Anugerah Pencapaian Blue Dragon Universiti Chung-AngPenerimaN/AMenang
2007Anugerah Bintang Terbaik Andre Kim ke–3Anugerah BintangN/AMenang
2009Anugerah Bintang Terbaik Andre Kim ke–4Anugerah BintangN/AMenang
2012Anugerah Kecantikan Cosmo ke–9Ikon Kecantikan TahunanN/AMenang
Anugerah Budaya dan Hiburan Korea ke–20Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon WanitaFaithMenang
Anugerah Drama SBSAnugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita di dalam MinisiriTercalon
Anugerah PopularitiTercalon
2013Anugerah DramaFever PertamaPasangan Terbaik bersama Lee Min-hoMenang
2014Anugerah Bintang APAN ke–3Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita di dalam Drama BersiriWonderful DaysMenang
Anugerah Drama KBSAnugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon WanitaTercalon
Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama BersiriTercalon
2015Anugerah Drama Korea ke–8Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon WanitaAngry MomTercalon
Majlis Oriental Anugerah Pengaruh Asia ke–2Anugerah Orang Asia Paling BerpengaruhN/AMenang
Anugerah Bintang APAN ke–4Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita di dalam MinisiriAngry MomMenang
Anugerah Drama MBC10 Bintang TeratasMenang
Pasangan Terbaik bersama Ji SooTercalon
Anugerah Utama (Daesang)Tercalon
Anugerah CARI K Drama ke–4Pelakon Wanita TerbaikTercalon
2016 Anugerah Bintang APAN ke–5 Anugerah Bintang APAN Terbaik N/A Menang

Rujukan

  1. "Fans Eagerly Await Wedding of Kim Hee-sun". The Chosun Ilbo. 2007-08-10. Dicapai pada 2012-11-18.
  2. Yeo, Si-dong (2001-07-25). "China's TCL Signs Actress Kim Hee-sun in Promo Deal". The Chosun Ilbo. Dicapai pada 2012-11-18.
  3. "Actor Ahn Jae-wook and Actress Kim Hee-sun Most Popular in China". The Chosun Ilbo. 2003-11-24. Dicapai pada 2012-11-18.
  4. "Actors and Actresses of Korean Cinema: Kim Hee-sun". Koreanfilm.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-27. Dicapai pada 2012-11-18.
  5. Suh, Jung-bo (2004-10-21). "Kim Hee-sun, A Blind Singer in the New Drama Sad Love Song". The Dong-a Ilbo. Dicapai pada 2012-11-18.
  6. Hwang, You-mee (2005-01-15). "TV dramas woo viewers with top actresses". The Korea Herald. Dicapai pada 2012-11-18.
  7. "Actress Kim Hee-seon Holds Promo Tour in Japan". KBS Global. 2007-08-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-19. Dicapai pada 2012-11-18.
  8. Song, Won-sup (2004-07-12). "Chinese Press Predict Kim Hee-sun to be Reborn as Representative Brand of Asia". The Chosun Ilbo. Dicapai pada 2012-11-18.
  9. "Actress on Magazine Cover With Daughter". The Korea Times. 2009-08-19. Dicapai pada 2012-11-18.
  10. "Kim's 1st Appearance After Delivering Baby". The Korea Times. 2009-04-08. Dicapai pada 2012-11-18.
  11. "Actress Kim Hee-sun Promotes Her Book at Charity Bazaar". The Chosun Ilbo. 2009-04-11. Dicapai pada 2012-11-18.
  12. Park, Min-young (2009-04-06). "Celebrity moms, what`s their secret?". The Korea Herald. Dicapai pada 2012-11-18.
  13. "Actress Kim Hee-sun Set to Make Comeback". The Chosun Ilbo. 2010-01-01. Dicapai pada 2012-11-18.
  14. Mao, Renjie (2010-03-17). "Why Kim Hee-Sun?". Global Times. Dicapai pada 2012-11-18.
  15. Sunwoo, Carla (2012-01-05). "Kim Hee-sun lands lead role in Faith". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2012-11-18.
  16. Sunwoo, Carla (2012-07-13). "Kim Hee-sun, Lee Min-ho start filming". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2012-11-18.
  17. Kim, Ji-yeon (2012-08-10). "Kim Hee Sun and Lee Min Ho of Faith Call Each Other Babies". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-04. Dicapai pada 2012-11-18.
  18. Ho, Stewart (2012-08-29). "Kim Hee Sun Says Secret Garden, Sun And The Moon Inspired Her to Return to Acting". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-29. Dicapai pada 2012-11-18.
  19. Choi, Bo-ran (2012-09-04). "Actress Kim Hee Sun says, "Unless you accept time goes by, that will give you huge stress"". Star News. Dicapai pada 2012-11-28.
  20. Yu, Ah-jeong (2012-11-29). "After 5 years, TV beauty has Faith in comeback". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2012-11-28.
  21. Ho, Stewart (2013-01-15). "Strong Heart 2 to Be Led By Shin Dong Yeop, Kim Hee Sun and Yoon Jong Shin". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-16. Dicapai pada 2013-01-15.
  22. Lee, Sun-min (2014-01-06). "New drama for Kim Hee-sun". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2014-02-11.
  23. Kim, Hee-eun (2014-02-10). "Kim Hee-sun gets Wonderful". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2014-02-11.
  24. Sohn, Ji-young (2015-03-18). "New MBC drama to address school violence, bullying". The Korea Herald. Dicapai pada 2015-03-19.
  25. Choi, April (2007-07-30). "Actress Kim Hee-sun's Fiance Is Businessman". The Korea Times. Dicapai pada 2012-11-18.
  26. "S. Korean star Kim Hee-sun's wedding". Xinhua News Agency. 2007-10-20. Dicapai pada 2012-11-18.
  27. Garcia, Cathy Rose A. (2009-01-21). "Kim Hee-sun Gives Birth to Baby Girl". The Korea Times. Dicapai pada 2012-11-18.
  28. "Actress Kim Hee-sun Gives Birth to a Baby Girl". The Chosun Ilbo. 2009-01-23. Dicapai pada 2012-11-18.
  29. "Popular actress regrets admitting to having a daughter". The Korea Times. 2012-11-24. Dicapai pada 2012-11-30.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.