Jan Ceulemans

Jan Anna Gumaar Ceulemans (lahir 28 Februari 1957) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi pemain tengah menyerang. Beliau merupakan pemain yang banyak memiliki kaps kebangsaan iaitu sebanyak 96 penampilan antarabangsa. Beliau juga termasuk dalam skuad Belgium yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Euro 1980 dan tempat keempat Piala Dunia 1986.

Jan Ceulemans
Maklumat peribadi
Nama penuh Jan Anna Gumaar Ceulemans
Tarikh lahir (1957-02-28) 28 Februari 1957
Tempat lahir Lier, Belgium
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Pemain tengah menyerang
Kerjaya remaja
1967–1974 Lierse
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1974–1978 Lierse 110 (39)
1978–1992 Club Brugge 407 (191)
Jumlah 517 (230)
Pasukan kebangsaan
1977–1991 Belgium 96 (22)
Pasukan diurus
1992–1996 KSC Eendracht Aalst
1997–1999 Ingelmunster
1999–2005 Westerlo
2005–2006 Club Brugge
2007–2012 Westerlo
2013–2014 Cappellen
2015– Deinze
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Beliau termasuk dalam senarai 125 pemain terhebat ketika hidup oleh Pelé pada Mac 2004.

Kerjaya

Aksi Piala Dunia pertama Ceulemans bersama Belgium pada Piala Dunia 1982. Pada edisi seterusnya, beliau menjadi kapten pasukan kebangsaan yang menduduki tempat keempat Piala Dunia 1986. Beliau menjaringkan tiga gol pada kejohanan itu dan paling menarik ketika menanduk masuk menentang Sepanyol pada suku akhir. Beliau bersara daripada aksi kebangsaan selepas aksi Piala Dunia 1990. Beliau menjaringkan gol ketiga Belgium ketika menang 3-1 ke atas Uruguay namun tewas kepada England pada peringkat kalah mati.

Beliau kekal bersama kelab Club Brugge selama 13 tahun. Selepas bersara daripada bola sepak disebabkan kecederaan lutut, beliau menjadi jurulatih di KSC Eendracht Aalst pada 1992. Beliau berjaya membawa kelab itu ke Divisyen Pertama Belgium dan layak ke Piala UEFA. Beliau kemudian menjadi pengurus KVC Westerlo pada 1998 di mana kelab itu juga layak ke Piala UEFA. Beliau kembali ke Club Brugge di mana beliau menjadi pengurus selama tiga tahun sebelum dipecat pada 3 April 2006 disebabkan keputusan teruk.

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
16 Jun 1980Brussels, Belgium Romania1–12–1Persahabatan
212 Jun 1980Turin, Itali England1–11–1Euro 1980
321 Disember 1980Nicosia, Cyprus Cyprus0–20–2Kelayakan Piala Dunia 1982
418 Februari 1981Brussels, Belgium Cyprus3–23–2Kelayakan Piala Dunia 1982
525 Mac 1981Brussels, Belgium Ireland1–01–0Kelayakan Piala Dunia 1982
629 April 1981Paris, Perancis Perancis3–23–2Kelayakan Piala Dunia 1982
727 April 1983Brussels, Belgium Jerman Timur1–12–1Kelayakan Euro 1984
86 Jun 1984Brussels, Belgium Hungary1–02–2Persahabatan
92–2
1019 Jun 1984Strasbourg, Perancis Denmark1–02–3Euro 1984
1115 Jun 1986León, Mexico Kesatuan Soviet2–24–3(s.m.t.)Piala Dunia 1986
1222 Jun 1986Puebla, Mexico Sepanyol1–01–1(5–4 (p))Piala Dunia 1986
1328 Jun 1986Puebla, Mexico Perancis1–02–4(s.m.t.)Piala Dunia 1986
1414 Oktober 1986Bandar Luxembourg, Luxembourg Luxembourg0–50–6Kelayakan Euro 1988
1511 November 1987Brussels, Belgium Luxembourg1–03–0Kelayakan Euro 1988
1626 Mac 1988Brussels, Belgium Hungary1–03–0Persahabatan
178 Jun 1989Ottawa, Kanada Kanada0–10–2Persahabatan
1823 Ogos 1989Brugge, Belgium Denmark2–03–0Persahabatan
193–0
206 September 1989Brussels, Belgium Portugal1–03–0Kelayakan Piala Dunia 1990
2117 Jun 1990Verona, Itali Uruguay3–03–1Piala Dunia 1990
2227 Februari 1991Brussels, Belgium Luxembourg2–03–0Kelayakan Euro 1992

≈≈==Penghargaan==

  • Divisyen Pertama Belgium: 1980, 1988, 1990, 1992
  • Piala Belgium: 1986, 1991
  • Piala Super Belgium: 1980, 1986, 1988, 1990, 1991
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.