Jakun

Suku Jakun atau orang Ulu merupakan orang asli daripada puak Melayu Proto yang terdapat di Pahang dan Johor. Mereka dikelaskan sebagai 'Pra-Melayu' daripada Mongoloid Selatan.

Jakun
Orang Ulu
Kumpulan orang Jakun dengan sumpit, 1906
Jumlah populasi
31,577 (2010)[1]
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia (Johor dan Pahang)
Bahasa
Bahasa Jakun, bahasa Melayu
Agama
Agama tradisi, agama rakyat Cina, Kristian, Islam
Kumpulan etnik yang berkaitan
Orang Temoq, orang Melayu

Jakun terbahagi dua iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut / Orang Kuala).

Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.

Penempatan

  • Kawasan RPS Kedaik, Pahang
  • Johor Utara

Rujukan

  1. Kirk Endicott (2015). Malaysia's Original People: Past, Present and Future of the Orang Asli. NUS Press. ISBN 978-99-716-9861-4.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.