Isyariana Che Azmi

Isyariana Binti Che Azmi (lahir 31 Oktober 1990)[3] merupakan seorang pelakon dan penyanyi Malaysia dan juga bekas peserta Akademi Fantasia 2016. Beliau mempunyai diploma di dalam bidang Seni Bina dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang. Beliau sering dikatakan mempunyai wajah seiras penyanyi kelahiran Indonesia; Agnes Monica.[4]

Isyariana Che Azmi
Kelahiran
Isyariana Binti Che Azmi

(1990-10-31) 31 Oktober 1990
PekerjaanPelakon,[1] penyanyi
Tahun aktif2014kini
TelevisyenAkademi Fantasia (2016)[2]

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 31 Oktober 1990 di Temerloh, Pahang dan berkelulusan dalam bidang Seni Bina dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.[5]

Kerjaya

Kerjaya awal

Sebelum memulakan kerjaya hiburan, Isyariana terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai pelukis pelan di negeri kelahirannya. Beliau pernah menyertai rancangan realiti TV i-Klon terbitan Datuk Siti Nurhaliza. Beliau juga turut terlibat dalam membuat persembahan solo bagi konsert penyanyi Indonesia, Rossa di Pahang, serta konsert-konsert di Raja Pahang di Dewan Jubli Perak, Pekan. Isya juga pernah menjadi penyanyi gantian untuk kumpulan The Fabulous Cats selama setahun.

Hanarose

Sebelum menyertai Akademi Fantasia 2016, Isyariana pernah menganggotai kumpulan duo Hanarose bersama Eka Sharif di bawah didikan Cat Farish pada tahun 2014.[6] Kumpulan ini bernaung di bawah Godzilla Boombox milik Cat dan seterusnya mengeluarkan single sulung mereka bertajuk "Girlfriend" pada April 2014.[7] Kumpulan ini ditubuhkan pada 2013 dan pertemuan Isya dengan Eka telah diatur oleh Cat. Sepanjang tempoh aktif dalam industri muzik tanah air, Hanarose pernah mengeluarkan beberapa lagu yang kesemuanya digunakan sebagai muzik tema filem Melayu tempatan—"UFO" (Usin UFO), "Tiba Kini Waktu" (Coverina) dan "Deritaku" (Pengantin Malam). Kumpulan ini dibubarkan secara rasmi pada 2016.

Akademi Fantasia

Isyariana merupakan salah seorang daripada 16 peserta Akademi Fantasia musim ke-13 yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 9 Oktober 2016,[8] di mana beliau menduduki tangga ke-11 dan tersingkir di konsert minggu kelima. Dalam temuramah bersama Astro Awani, Isya berkata penyingkiran beliau dari AF2016 dengan keadaan sebegini dianggap kejam. "Saya rasa tersingkir dengan cara yang sebegini sangat kejam, bila kita dah dicantikkan dan berlatih untuk buat persembahan tapi lain pula jadinya."[2] Sepanjang penglibatannya dalam AF2016, Isya menyanyikan lagu:

  1. "Tak Tercapai Akalmu" (Elyana)
  2. "Flora Cinta" (Min Malik)
  3. "Melompat Lebih Tinggi" (Sheila on 7)
  4. "Tanpa Kekasihku" (Agnez Mo)

Bidang lakonan

Melengkapkan diari kerjaya hiburannya, Isyariana memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi drama Married Tapi Benci yang dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz; beliau memegang watak ibu tiri Rina. Ia kemudian diikuti oleh watak lakonan sebagai Hanissa dalam drama Urusan Hati Cik Drama Queen lakonan Scha Al-Yahya. Pada tahun 2017 juga, Isya muncul dalam telefilem Cinta Bae Kicap. Kerjaya filemnya bermula dengan memegang watak Cikgu Nur dalam filem Warkah (2019).[9].

Bidang muzik

Pada Jun 2021, Isyariana melancarkan single sulungnya, "Bisik Hati".[10]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2019 Warkah Cikgu Nur Filem pertama
TBA Seratus The Movie

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Married Tapi Benci Shiera/Mak tiri Rina TV3
2017 Cerita Dari Mastika: Mayat Ipoh Melambai Suraya Astro Prima
Urusan Hati Cik Drama Queen Hanissa Astro Ria
Cik Serba Tahu Sarah Astro Ria
Duda Pujaan Dara Airis Astro Ria
2018 Geng Tadarus Noni TV2
Jangan Padam Rindu Akma TV Okey
Lelaki Kiriman Tuhan Zeenat Astro Oasis
Mata Ketiga Farah Tonton Web drama
2019 Cerita Dalam Kain: "Suamiku Pondan" Azian Astro Prima
Calon Menantu Tuan Rumah Ika TV Okey
Puteri Yang Ditukar Maria (muda) Astro Prima
Rumah Siti Khadijah: "Call Girl" Fatin TV3
Satukan Rasa Ayu Saerah (Mak Ngah) Astro Ria
2020 Tolong Sempurnakan Cerita Mami Razean Safiya (mami) Astro Ria
2021 Hati Yang Dikhianati Nur Melisa (Lisa) Astro Prima Watak Utama (Heroin)
Cinta Kalut Nur Ain TV1
Luka Di Hati Diya Diya Mirza
Nora Nora TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017Cinta Bae KicapSuhaili
2018Malam Ini Aku MenangisShereen
Secarik Kasih MamaNicky
2019Kipas Belum MatiOpie
Izinkan Aku MenyayanginyaZarra
Papa SegeraCik Moon
2020 PentasRozana
Musnahkan Pelamin AngankuSofiya
Kemelut ImpianNisa
Ustazah EkpressTania
3 Dukun Santet Emma
2021 Suamiku Old School Zureen

Teater

Tahun Tajuk Peranan
2020 Rasa Puteri Gunung Ledang

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Akademi Fantasia Musim 13 Dirinya sendiri/peserta Astro Ria
2020 Sepahtu Reunion Live Tetamu Jemputan:

Suri

Astro Warna
Sepahtu Reunion Live Tetamu Jemputan:

Zati

Astro Warna

Diskografi

Single
Tahun Tajuk
2014
Girlfriend
Deritaku
2015
Tiba Kini Waktu
2016
UFO
2021
Bisik Hati

Videografi

Muzik video
Tahun Lagu Penyanyi
2014 Bertahan Kristal
Girlfriend Hanarose

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2019 Anugerah Telenovela 2019 Pelakon Wanita Popular Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular[11] Menang

Rujukan

  1. Zaidi Mohamad (25 Januari 2017). Isyariana 'korban' rambut panjang Berita Harian. Diperoleh pada 25 Jun 2018.
  2. Tersingkir dengan cara begini, sangat kejam - Riana AF2016 Astro Awani (19 September 2016). Diperoleh pada 25 Jun 2018.
  3. Zaidi Mohamad (12 Februari 2017). "Isyariana tak kisah watak pembantu". Berita Harian. Dicapai pada 2018-05-07.
  4. Zaidi Mohamad (1 Februari 2017). Isyariana enggan 'hanyut' digelar klon Agnes Monica Berita Harian. Diperoleh pada 25 Jun 2018.
  5. Azlan Jusoh (8 September 2017). Biodata Isyariana Azmi Encik Shino. Diperoleh pada 25 Jun 2018.
  6. Ifqdar Rahman (2 September 2014). Duo Hanarose milik Cat Farish Diarkibkan 2016-09-22 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 26 Jun 2018.
  7. Kumpulan duo Hanarose bakal lancar single "Girlfriend" Budiey (22 Mei 2014). Diperoleh pada 26 Jun 2018.
  8. Rafiq Mazlan (20 September 2016). "Perjalanan tiga pelajar AF2016 terhenti". Sinar Harian. Dicapai pada 2018-05-07.
  9. Norhayati Suboh (7 November 2018). Riana AF tak tolak jodoh sesama artis Mingguan Wanita. Diperoleh pada 12 September 2019.
  10. Amri Hassan (7 Jun 2021). "Pernah sertai AF2016, Isyariana lancarkan lagu Bisik Hati". Astro Gempak. Dicapai pada 16 Ogos 2021.
  11. Artis Baharu Wanita Popular milik Isyariana Berita Harian. 13 November 2020. Dicapai pada 14 November 2020.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.