Isnin

Hari Isnin (Bahasa Inggeris: Monday) merupakan hari kedua dalam seminggu terletak antara Ahad dan Selasa.

Perkataan "Isnin" itu berasal daripada Bahasa Arab iaitu يوم الاثنين yawm al-ithnayn yang bermakna "hari kedua", yakni hari kedua dalam seminggu selepas hari Ahad.

Kepentingan

Namun begitu, di sesetengah tempat di Eropah, Isnin dianggap sebagai hari yang pertama.

Penganut agama Kristian biasanya menyambut perayaan Paskah (Easter) selama dua hari, iaitu pada hari Ahad dan Isnin (Easter Monday).

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.