Intranet
Intranet merujuk kepada jaringan rangkaian tertutup yang menghubungkan komputer di dalam sesuatu organisasi, biasanya sesebuah syarikat dan hanya boleh dicapai oleh ahli-ahli organisasi tersebut, pekerja atau mana-mana pihak yang dibenarkan. Rangkaian intranet boleh juga dihubungkan ke internet dan biasanya dibatasi oleh pelayan proksi ataupun dinding api untuk mengawal keluar/masuk data. Ia tidak terbuka bagi capaian umum.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.