IERS

Khidmat Putaran Bumi dan Sistem Rujukan Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Earth Rotation and Reference Systems Service, IERS), merupakan lembaga yang berperanan memelihara piawaian waktu dan rangka rujukan sedunia, terutama sekali menerusi kumpulan Parameter Orientasi Bumi (Earth Orientation Parameter, EOP) dan Sistem Rujukan Cakerawala Antarabangsa (International Celestial Reference System, ICRS).

International Earth Rotation and Reference Systems Service
Logo IERS
KependekanIERS
Laman web rasmihttp://www.iers.org/

Sejarah

IERS ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa dan Kesatuan Geodesi dan Geofizik Antarabangsa sebagai pengganti Perkhidmatan Pergerakan Kutub Antarabangsa (International Polar Motion Service, IPMS) dan juga bahagian putaran bumi Biro Waktu Antarabangsa (Bureau International de l'Heure, BIH). Lembaga ini mula beroperasi pada 1 Januari 1988. Semenjak diperkenalkan, IERS telah menubuhkan biro-biro baru termasuk pusat penyelarasan GPS pada tahun 1990, pusat penyelerasan DORIS pada tahun 1994 dan pusat penyelarasan GGF pada tahun 1998.

Fungsi

IERS terdiri daripada pelbagai komponen yang didirikan di Amerika Syarikat, Eropah dan Australia. Antara lain-lain fungsinya, IERS bertanggungjawab mengumumkan saat lompat.

Biro Kecil Perkhidmatan Pantas dan Ramalan Parameter Orientasi Bumi IERS yang terletak di Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat mengawasi putaran Bumi. Antara misinya adalah menentukan skala waktu berasaskan kadar semasa putaran Bumi. Lain-lain perkhidmatan IERS dijalankan di Balai Cerap Paris.

UT1 merupakan waktu tak seragam yang ditentukan berasaskan putaran Bumi.

Lihat juga

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.