Hughes Helicopters
Hughes Helicopters adalah sebuah pengeluar helikopter tentera dan awam utama bermula pada tahun 1950-an sehingga akhir tahun 1980-an. Syarikat ini bermula pada tahun 1947, sebagai sebuah unit dalam Hughes Aircraft, kemudian sebahagian dari Hughes Tool Company selepas tahun 1955.[1] Ia menjadi Divisyen Hughes Helicopter, Summa Corporation pada tahun 1972, dan disusun semula sebagai Hughes Helicopters, Inc. pada tahun 1981. Walau bagaimanapun, sepanjang sejarahnya syarikat ini secara tidak rasmi dikenali sebagai "Hughes Helicopters". Ia kemudian dijual kepada McDonnell Douglas pada tahun 1984 dan menjadi sebuah anak syarikat di bawah nama McDonnell Douglas Helicopter Systems.
| Nasib | Dibeli oleh McDonnell Douglas |
|---|---|
| Pengganti | McDonnell Douglas Helicopter Systems |
| Ditubuhkan | 1947 |
| Dibubarkan | 1984 |
| Ibu pejabat | Culver City, CA dan Mesa, AZ |

Helikopter utama pertama Hughes yang berjaya adalah Model 269/300, dikenali oleh Tentera Darat Amerika Syarikat sebagai TH-55 Osage.

Hughes Model 369HS
Senarai produk
- Helikopter awam
- Hughes 269
- Hughes 300
- Hughes 500
- Hughes 530F
- Helikopter tentera
- TH-55 Osage
- OH-6 Cayuse
- MH-6 Little Bird
- Hughes 500 Defender
- AH-64 Apache
- Helikopter ujian
- XH-17 "Sky Crane"
Rujukan
- Rumerman, Judy. "The Hughes Companies". U.S. Centennial of Flight Commission. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=(bantuan)
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.