Hospital Ampang
Hospital Ampang ialah sebuah hospital kerajaan yang terletak di Selangor, Malaysia. Di samping perkhidmatan kepakaran perubatan, Hospital Ampang turut memberikan perkhidmatan sokongan klinikal dan bukan klinikal.
| Hospital Ampang | |
|---|---|
| Kerajaan | |
![]() | |
| Geografi | |
| Lokasi | Ampang, Selangor, |
| Organisasi | |
| Pembiayaan | Kerajaan |
| Jenis | Daerah, Mengajar |
| Gabungan universiti | Universiti Tunku Abdul Rahman |
| Perkhidmatan | |
| Jabatan kecemasan | Ya |
| Pautan | |
| Laman sesawang | Laman Web Rasmi Hospital Ampang |
Pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (FPSK USIM) dan pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) ada menjalankan latihan amali perubatan di hospital ini.
Sejarah
Pandemik COVID-19
Susulan keadaan pandemik COVID-19 di kawasan Selangor yang semakin meruncing, Hospital Ampang menjadi sebuah hospital khusus COVID-19 pada Jun 2021.[1] Menjelang Julai, terdapat laporan bahawa pengurusan pesakit kronik COVID-19 di hospital semakin genting dengan kemasukan pesakit kronik yang lebih kerap jaminan bekalan oksigen yang semakin terancam. Berikutan itu, kadar kematian COVID-19 di Hospital Ampang melonjak memuncak hingga belasan atau puluhan orang sehari.[2] Sementara itu, pihak kerajaan menjamin bahawa bekalan oksigen di hospital ini adalah terkawal,[3] dan segelintir pihak tampil memberi bantuan pemberian pemekat oksigen.[4] Di samping itu, pihak hospital giat menambahkan kapasiti dan prasarana hospital sebagai persediaan penerimaan para pesakit kronik.[5]
Alamat
Hospital Ampang
Jalan Mewah Utara,
Pandan Mewah,
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan
Rujukan
- "Hospital Ampang rawat pesakit COVID-19 sepenuhnya". Berita Harian. 24 Jun 2021. Dicapai pada 28 Julai 2021.
- Zainudin, Alifah (23 Julai 2021). "Ampang Hospital's Oxygen Problem Sees Record Covid-19 Deaths". Code Blue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Julai 2021.
- Arifin, Latifah (23 Julai 2021). "Bantuan oksigen di Hospital Ampang mencukupi". Berita Harian. Dicapai pada 28 Julai 2021.
- "Bantuan Sembilan 'Oxygen Concentrator' Kepada Hospital Ampang Tanda Solidariti Hadapi COVID-19 – Megat Zulkarnain". UMNO Online. 26 Julai 2021. Dicapai pada 28 Julai 2021.
- "Ampang Hospital Increases Beds, Oxygen Pressure Levels". Code Blue (dalam bahasa Inggeris). 26 Julai 2021. Dicapai pada 28 Julai 2021.

