Hari Kebangsaan Malaysia

Hari Kebangsaan Malaysia, juga dikenali sebagai Hari Kemerdekaan atau Hari Merdeka, disambut di seluruh Malaysia pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1782 sehingga tahun 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, nyanyian, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Hari Kebangsaan Malaysia
Seorang lelaki dilambung ke udara oleh orang ramai semasa sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 2008
Nama rasmiHari Merdeka
Juga dipanggilMerdeka, Hari Kebangsaan, Hari Kemerdekaan
Diamalkan padaMalaysia
JenisKebangsaan
KepentinganMenandakan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Tarikh31 Ogos
Kekerapantahunan
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dibawa menyaksikan perbarisan ketika Hari Kebangsaan Tanah Melayu 1958

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Sejarah

Penubuhan Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara/Sabah, Sarawak dan Singapura dijadualkan diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1963, bersamaan ulang tahun ke-6 kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan umum di Borneo Utara dan Sarawak.[1] Bagaimanapun, Borneo Utara dan Singapura masih lagi mendapat kemerdekaan daripada British pada 16 September 1963. Sarawak telah merdeka sebulan lebih awal pada 22 Julai 1963.

Pembentukan Malaysia kemudian diisytiharkan pada 16 September 1963, dan disambut sebagai Hari Malaysia. Sambutan kemerdekaan besar-besaran tetap diadakan pada 31 Ogos, tarikh asal kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Hari Malaysia cuma menjadi cuti umum di Sabah. Bagaimanapun, mulai 2000-an terdapat sedikit ketidakpuasan hati di Malaysia Timur yang mendakwa sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos terlalu bertumpuan Semenanjung Malaysia.[2][3] Pada 2009, kerajaan memutuskan bahawa bermula 2010, Hari Malaysia 16 September disambut sebagai cuti umum persekutuan bersama-sama dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos.[4] Manakala bermula 2015, Menteri Ahmad Shabery Cheek menyatakan sambutan hari kemerdekaan mungkin disambut tanpa menyebut bilangan tahun agar tidak meminggirkan penduduk Sabah dan Sarawak.[5]

Tetamu

Tetamu kehormat luar termasuk:

Anggota keluarga diraja
Ketua Kerajaan
Perwakilan dari jajahan Britain yang lain
  • Gabenor Hong Kong, Sir Alexander Grantham
  • Ketua Menteri Singapura, Lim Yew Hock
Bekas anggota pentadbiran jajahan Britain
  • Sir Gerald Templer (bekas Pesuruhjaya Tinggi Britain di Persekutuan Tanah Melayu) dan Lady Templer
  • Lady Gurney (isteri bekas Pesuruhjaya Tinggi Britain di Persekutuan Tanah Melayu Sir Henry Gurney)
  • Lady Gent (isteri bekas Pesuruhjaya Tinggi Britain di Persekutuan Tanah Melayu Sir Edward Gent)
Pesuruhjaya Tinggi dari negara-negara Komonwel lain
  • Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Persekutuan Tanah Melayu, Arthur Redpath Menzies
  • Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Persekutuan Tanah Melayu, Tom Critchley
  • Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Persekutuan Tanah Melayu, Foss Shanahan

Tema

Berikut merupakan tema-tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kini.

TahunTema
1970Muhibah dan Perpaduan
1971Masyarakat Progresif
1972Masyarakat Adil
1973Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975Masyarakat Berdikari
1976Ketahanan Rakyat
197720 Tahun Bersatu Maju
1978Kebudayaan Seni Perpaduan
1979Bersatu Berdisiplin
1980Berdisiplin Berbakti
1981Berdisiplin Berharmoni
1982Berdisiplin Giat Maju
1983Bersama ke Arah Kemajuan
1984Amanah Asas Kejayaan
1985Nasionalisme Teras Perpaduan
1986Bangsa Tegas Negara Teguh
1987Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989Bersatu
1990Berjaya
1991Wawasan 2020
1992Wawasan Asas Kejayaan
1993Bersatu Menuju Wawasan
1994Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995Jatidiri Penggerak Wawasan
1996Budaya Penentu Kecapaian
1997Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006Keranamu Malaysia
2007Malaysiaku Gemilang
2008Perpaduan Teras Kejayaan
20091Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
20101Malaysia Menjana Tranformasi
20111Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
20121Malaysia. Janji Ditepati[6]
2013Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
2014Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta[7]
2015-2016Sehati Sejiwa[8]
2017Negaraku Sehati Sejiwa[9]
2018Sayangi Malaysiaku[10]
2019Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih
2020-2021Malaysia Prihatin

Lihat juga

Rujukan

  1. A marriage that was doomed from the start. New Straits Times. 4 Ogos, 2007.
  2. "Keadilan's plans for Merdeka" Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine, Daily Express, 29 Ogos 2007.
  3. Aznam, Suhaini, "Celebrating Malaysia Day", 24 September 2007.
  4. Malaysia Day now a public holiday, says PM Diarkibkan 2014-07-02 di Wayback Machine The Star, 19 Oktober 2009
  5. "No more mentioning number of years". Daily Express. 9 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-09. Dicapai pada 9 September 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. '1Malaysia Janji Ditepati' tema Hari Kemerdekaan ke-55 Utusan
  7. Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta tema Hari Kemerdekaan Utusan
  8. Utusan
  9. 'Negaraku Sehati Sejiwa' tema Hari Kebangsaan 2017
  10. "'Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2018". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-27. Dicapai pada 2018-07-27.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.