Gunung Setong

Gunung Setong atau turut dikenali sebagai 'Gunung Stong', terletak di daerah Dabong, dalam jajahan Kuala Krai, Kelantan, Malaysia . Walau berada di jajahan kuala krai, ianya hampir dengan bandar Gua Musang. Gunung ini setinggi 1,422 meter (4,664 kaki). Ia terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Stong berhampiran dengan Air terjun Jelawang. Gunung ini menjadi lokasi popular kepada pendaki gunung kerana sangat mencabar.

Gunung Setong
Gunung Stong
Titik tertinggi
Ketinggian1,422 m (4,665 ka)
Geografi
Lokasidaerah Dabong, jajahan Kuala Krai, Kelantan, Semenanjung Malaysia
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung Setong juga berada di jajaran Banjaran Titiwangsa. Gunung Setong mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Gunung Stong setinggi 1,433 meter terletak kira-kira 300 kilometer dari Kota Bharu dan digambarkan sebagai lokasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia kerana mengalir di kawasan itu adalah air terjun Jelawang setinggi 303 meter yang didakwa sebagai tertinggi di Asia Tenggara.[1]

Gunung Stong terletak di satu lembah yang dikelilingi oleh empat gunung, iaitu gunung Basor, gunung Anak Noring, gunung Chamat dan gunung Setong. Di situ juga terdapat harimau iaitu haiwan yang dilindungi di Malaysia.[2]

Rujukan

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.