Grand Prix India

Grand Prix India ialah sebuah perlumbaan Formula Satu yang diadakan sejak tahun 2011 di Litar Antarabangsa Buddh.

Grand Prix India
Litar Antarabangsa Buddh
Maklumat litar
Pusingan 60
Jarak litar 5.14 km (3.19 bt)
Jarak perlumbaan 308.4 km (191.6 bt)
Kemenangan terbanyak (pemandu) Sebastian Vettel (2)
Kemenangan terbanyak (pengeluar) Red Bull (2)
Perlumbaan terakhir(2012) :
Petak pertama
Podium
Pusingan terpantas

Perlumbaan

2011

Grand Prix India yang pertama diadakan pada 30 Oktober 2011. Sebastian Vettel memenangi acara ini, dan merupakan kemenangan sebelasnya musim ini. Beliau juga menetapkan masa pusingan terpantas perlumbaan pada pusingan terakhir. Pemandu India, Narain Karthikeyan daripada pasukan HRT F1, menamatkan perlumbaan di tempat ke-17. Pemandu pasukan Sahara Force India, Adrian Sutil, mendapat tempat kesembilan.

2012

Red Bull Racing bermula dari petak hadapan, dengan Sebastian Vettel berada di petak pertama dan Mark Webber di tempat kedua. Mereka diikuti oleh Lewis Hamilton (ketiga), Jenson Button (keempat), Fernando Alonso (kelima) dan Felipe Massa (keenam) di petak permulaan. Vettel berjaya memenangi perlumbaan ini buat kali kedua. Beliau diikuti oleh Alonso (kedua) dan Webber (ketiga) di atas podium.

Pemenang

Pemenang berganda (pemandu)

Kemenangan Pemandu Tahun
2 Sebastian Vettel 2011, 2012

Pemenang berganda (Pengeluar)

Kemenangan Pengeluar Tahun
2 Red Bull 2011, 2012

Mengikut tahun

Kesemua Grand Prix India diadakan di Litar Antarabangsa Buddh.

Tahun Pemandu Pengeluar Laporan
2012 Sebastian Vettel Red Bull-Renault Laporan
2011 Sebastian Vettel Red Bull-Renault Laporan

Penaja

Airtel menjadi penaja Grand Prix India dari tahun 2011 sehingga tahun 2016.[1][2]

Rujukan

  1. "For how long F1 will bask in cricket's misery - Business Today - Business News". Businesstoday.intoday.in. 2011-10-30. Dicapai pada 2012-08-13.
  2. "GP India 2011". Formula1.com. 18 Ogos 2011. Dicapai pada 2011-19-08. Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.