Gokusen

Gokusen (ごくせん) merupakan sebuah siri manga oleh Kozueko Morimoto. Cerita mengisahkan tentang Kumiko Yamaguchi, cucu bos yakuza dan guru di sekolah menengah swasta semua lelaki. Pada 2008, sebuah manga SP dikeluarkan, memaparkan beberapa pelajar lama Yankumi (Kumiko) yang kini bekerja dewasa.

Gokusen
ごくせん
Manga
PengarangKozueko Morimoto
PenerbitShueisha
DemografikJosei
Majalah AsalYou
Tarikh PengeluaranOgos 23, 2000Februari 2007
Jilid15
Drama televisyen
Penyiaran AsalNippon Television
Tarikh tayanganApril 1, 2002Julai 3, 2002
Episod12
Filem aksi sebenar televisyen
Gokusen Special: Sayonara 3-nen D-gumi
Penyiaran AsalNippon Television
Dikeluarkan padaMac 26, 2008 (2008-03-26)
Siri televisyen anime
PengarahYuzo Sato
StudioMadhouse
Dilesenkan oleh
AnimeWorks
Penyiaran AsalNippon Television
Penyiaran bahasa Inggeris
Encore WAM
Tarikh tayanganJanuari 6, 2004Mac 30, 2004
Episod13
Drama televisyen
Gokusen 2
Penyiaran AsalNippon Television
Tarikh tayanganJanuary 15, 2005March 19, 2005
Episod10
Drama televisyen
Gokusen 3
Penyiaran AsalNippon Television
Tarikh tayanganApril 19, 2008Jun 28, 2008
Episod11
Filem aksi sebenar televisyen
Gokusen 3: Graduation Special 2009
Penyiaran AsalNippon Television
Dikeluarkan pada2009 (2009)
Filem aksi sebenar
Gokusen: The Movie
PengarahToya Sato (佐藤東弥)
Dikeluarkan padaJulai 11, 2009 (2009-07-11)

Pada tahun 2002, manga disesuaikan menjadi drama televisyen dengan Yukie Nakama sebagai pelakon utama. Siri kedua dihasilkan pada tahun 2005. Adaptasi anime disiarkan di Nippon Television dari 6 Januari 2004 hingga 30 Mac 2004.

Musim ketiga siri (drama) disiarkan sebagai Program Ulang Tahun ke-55 Nippon Television pada tahun 2008.

Sebuah filem sebagai sebahagian daripada drama itu telah dikeluarkan di teater Jepun pada 11 Julai 2009.[1]

Versi drama sangat popular di Malaysia pada sekitar 2000-an hingga 2010-an.[2]

Jalan cerita

Gokusen mengisahkan seorang guru perempuan bernama Yamaguchi Kumiko yang juga merupakan cucu perempuan kepada seorang ketua yakuza serta pewaris utama kumpulan yakuza tersebut berikutan kematian kedua-dua ibu bapanya. Walaupun hajatnya untuk menjadi seorang guru direstui oleh datuknya, pengikut-pengikutnya tetap mahukan Kumiko untuk menjadi pengganti datuknya itu.

Kumiko (juga dikenali sebagai "Yankumi" di kalangan pelajar-pelajarnya) menjadi guru di sebuah sekolah menengah swasta. Dia menjadi guru kelas di sebuah kelas yang dipenuhi pelajar samseng, Sebagai mana kisah "guru berdedikasi" yang lain seperti Great Teacher Onizuka, Kumiko bukan sahaja mengajar ilmu akademik di dalam kelas, malah turut mengajar anak muridnya mengenai erti kehidupan. Walaupun dia terpaksa menyembunyikan identiti sebenar keluarganya daripada pengetahuan umum, statusnya sebagai pewaris ketua yakuza sering memberikannya kekuatan dalam menghadapi masalah, tetapi selalunya membentuk sebahagian unsur komedi.

Drama

Pelakon drama

Ahli Kelas 3D - Minami, Kuma, Shin, Uchi & Noda dalam drama aksi langsung
  • Nakama Yukie sebagai Yamaguchi Kumiko (Yankumi / Ojou / Koumichou) - seorang guru matematik di Sekolah Tinggi Shirokin yang juga cucu kepada keluarga Odeo (Yakuza) yang amat disegani.Frasa yang digemari ialah Faito-Oh!
  • Matsumoto Jun sebagai Sawada Shin (pelajar yang amat digeruni di Sekolah Tinggi Shirokin, bapanya amat kaya tetapi mempunyai krisis dengannya dan merupakan pelajar kelas 3D)
  • Oguri Shun sebagai Uchiyama Haruhiko atau Uchi yang merupakan kawan kepada Sawada, juga kelas 3D)
  • Narimiya Hiroki sebagai Noda Takeshi (Kelas 3D)
  • Waki Tomohiro sebagai Kuma atau Kumai Teruo (Kelas 3D)
  • Ishigaki Yuma sebagai Minami Youichi (Kelas 3D)
  • Utsui Ken sebagai Kuroda Ryuichiro (Datuk kepada Yankumi / Pewaris generasi Ketiga Yakuza Keluarga Odeo)
  • Kaneko Ken sebagai Asakura Tetsu
  • Uchiyama Shinji sebagai Tatsukawa Minoru
  • Anan Kenji sebagai Wakamatsu
  • Tayama Ryosei sebagai Shirakawa Gonzou (Pengerusi Sekolah Tinggi Shikorin)
  • Namase Katsuhisa sebagai Sawatari Goro, Kyoto (Naib Pengerusi Sekolah Shikorin)
  • Itoh Misaki sebagai Fujiyama Shizuka (Guru bahasa Inggeris)
  • Nakazawa Yuko sebagai Kawashima Kikuno (Jururawat Sekolah Tinggi Shirokin)
  • Kohmoto Masahiro sebagai Iwamoto Kouhei (Guru Pendidikan jasmani)
  • Ookuma Ichirou sebagai Oyama Hajime (Guru Sains)
  • Saito Satoru sebagai Washio Kanji (Guru bahasa Jepun)
  • Sawamura Ikki sebagai Shinohara Tomoya
  • Sakata Tadashi sebagai Kashiwagi
  • Kawamura Yousuke

Pelakon jemputan

  • Tanaka Koutaro sebagai Watanabe dari Sekolah Tinggi Ara (ep2)
  • Wentz Eiji sebagai Yuki Masato (ep 6)
  • Ichikawa Yui sebagai Sawada Natsumi (ep 7)
  • Tsukamoto Takashi (ep 9)
  • Tanaka Kei (ep 10)
  • Musaka Naomasa sebagai Kuma's Father (ep 11)
  • Hiraizumi Sei sebagai Pengarah Sekolah Tinggi Shirokin (ep 12)

Lihat juga

Rujukan

  1. "9 J-Dramas for K-Drama Fans to Start Watching | Viu". Viu (dalam bahasa Inggeris). 2017-10-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 2017-10-23.
  2. "5 Drama Jepun Yang Pernah Digilai Suatu Ketika Dahulu – Mensive". Mensive. 2016-08-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-26. Dicapai pada 2018-01-25.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.