E

E ialah huruf Rumi yang kelima. Namanya disebt /iː/. Huruf E paling banyak digunakan sekali dalam bahasa Inggeris.[1]

E
Abjad Rumi dasar
 AaBbCcDd 
EeFfGgHhIiJj
KkLlMmNnOoPp
QqRrSsTtUuVv
 WwXxYyZz 

Sejarah

Hieroglif Mesir
q’
Proto-Semitik
H
Phoenicia
H
Etruscan
E
Greek
Epsilon
Rumi
E

E diperoleh daripada huruf Greek epsilon yang lebih kurang sama rupa (Ε, ε) dan fungsinya. Menurut etimologi, huruf Semitik barangkali melambangkan bentuk manusia yang bersembahyang atau berteriak (hillul "kegembiraan"), dan juga mungkin berasaskan satu hieroglif Mesir yang serupa bentuknya tetapi berbeza bunyi dan kegunaannya. Dalam abjad Semitik, huruf ini mewakili bunyi /h/ (dan /e/ dalam perkataan bahasa asing), dalam bahasa Greek menjadi Εψιλον (Epsilon) yang mewakili bunyi /e/. Orang-orang Etruscan dan Rom Purba turut menggunakan huruf ini sedemikian, maka timbulnya huruf Rumi "E". Oleh sebab Peralihan Vokal Besar-besaran, kegunaannya dalam bahasa Inggeris agak berbeza, iaitu /iː/ (yang berpunca daripada /eː/ dalam "me" atau "bee") sementara perkataan-perkataan lain seperti "bed" lebih hampir dengan sebutan bahasa Latin dan bahasa-bahasa lain.

Kegunaan saintifik

Huruf E sering digunakan untuk melambangkan tenaga (energy), terutamanya dalam rumusan "E=mc2."

Kod-kod pengkomputeran

Perwakilan alternatif E
fonetik NATO Kod Morse
Echo ·
Bendera isyarat Semafora Panduan ASL Braille
Titik kodHuruf besar
E
Huruf kecil
e
Unikod U+0045U+0065
ASCII Perpuluhan 69101
Perduaan 0100010101100101
EBCDIC 197133

Sumber

Abjad Rumi/Latin
AaBbCcDdEeFfGgHhIiJjKkLlMmNnOoPpQqRrSsTtUuVvWwXxYyZz
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.