Mawar
Bunga mawar (Jawi: ماور) atau ros (Jawi: روس) merupakan sejenis tanaman berbunga yang sering ditanam sebagai pokok hiasan; digolong dalam genus Rosa. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.
| Rosa (Mawar) | |
|---|---|
![]() | |
| Bunga mawar yang mekar. | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | Tumbuhan |
| Divisi: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | Rosaceae |
| Subkeluarga: | Rosoideae |
| Tribus: | Roseae |
| Genus: | |
| Species | |
|
| |
| Sinonim | |
| |
Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga tumbuhan saka, tergolong dalam kumpulan angiosperm. Bunga mawar adalah salah satu jenis pokok bunga yang telah lama dikenali oleh masyarakat Melayu. Ia disebut dalam Hikayat Bayan Budiman yang ditulis sekitar 1370-an.[1] Bunga mawar mempunyai bau harum, biasanya mawar kampung (damask rose) mempunyai bau yang paling kuat. Dalam kebudayaan barat, dan dalam kebudayaan Melayu, bunga mawar melambangkan bunga cinta.
Penerangan

R.gigantea
Penyumbang baka kelopak bunga besar, R.gigantea merupakan spesies mawar asli utara India, utara Myanmar dan selatan China. Ia berkelopak 5, berwarna putih, kuning atau krim. Bersesuaian dengan namanya gigantea yang bermaksud gergasi, mawar ini merupakan spesies mawar terbesar di dunia.
Penanaman
Penyakit
Mawar merupakan tanaman yang amat mudah diserang penyakit. Antara penyakit yang boleh membunuh pokok mawar ialah:
- Kutu Thrip halus yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda dan kesan adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk dan bunga, pucuk yang terbantut, daun "terbakar" dan seterusnya mati. Antara langkah kawalan yang selamat digunakan ialah menggunakan semburan racun perosak berasaskan air (water base pesticide) yang disembur seminggu sekali sehingga simptom penyakit berkurangan. Sekiranya tidak berkesan pokok yang berada pada peringkat sangat teruk, haruslah ditogelkan daun, bunga dan dahannya, dipangkas lalu dibakar atau dibungkus dengan plastik untuk dibuang jauh dari pokok.
- Bintik hitam iaitu penyakit musim hujan yang lebih bahaya dari thrip; biasanya apabila diserang, potensi daya tahan hanya sekitar 50-50 untuk pokok terus hidup atau mati.
- Serangan penyakit kulapuk atau kulat. Spora kulat boleh bercambah apabila daun atau batang dalam keadaan lembab atau basah. Pencegahan pentingnya termasuklah seperti menyiram air hanya pada akar.
Subgenus dan spesies

Subgenus
Genus Rosa atau mawar mempunyai sekitar 140-180 spesies dan dipecahkan kepada empat subgenus:
- Hulthemia (dahulunya Simplicifoliae) terdiri dari dua spesies dari barat laut Asia iaitu Rosa persica dan Rosa berberifolia.
- Hesperrhodos (bahasa Yunani: Mawar barat) mengandungi spesies Rosa minutifolia dan Rosa stellata dari Amerika Utara.
- Platyrhodon (bahasa Yunani: Mawar mengelupas) mengandungi spesies tunggal dari Asia timur iaitu Rosa roxburghii.
- Rosa (pemakaian subgenus; lebih tepatnya Eurosa) dipecahkan kepada 11 ceraian (section).
- Banksianae -- Mawar putih dan kuning dari China.
- Bracteatae -- dua genus dari India dan satu dari China.
- Carolinae – Mawar putih, merah muda, dan merah muda terang dari Amerika Utara.
- Chinensis – Bunga putih, merah muda, kuning, merah dan bandung (bercampur warna) dari China dan Burma.
- Gallicanae – Bunga merah muda hingga merah lembayung dari barat Asia dan Eropah.
- Gymnocarpae – Satu spesies di barat Amerika Utara iaitu Rosa gymnocarpa, selebihnya dari Asia timur.
- Laevigatae -- Spesies tunggal berwarna putih dari China.
- Pimpinellifoliae – Mawar putih, merah muda, kuning terang, mauve dan bertompok dari Asia and Eropah.
- Rosa (sin. sect. Cinnamomeae) – Mawar putih, merah muda, lembayung, kertau, merah lembayung dan merah kecuali dari Afrika utara.
- Synstylae -- Mawar putih merah muda dan merah lembayung kecuali dari Afrika utara.
Lihat juga
Pautan luar
- http://agrolink.moa.my/doa/bdc/bungaros.html Diarkibkan 2003-10-21 di Wayback Machine
- http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Lanskap/20060212132735/Article/ Diarkibkan 2006-02-19 di Wayback Machine
- Roseraie du Val-de-Marne (France)
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Mawar. |
