Buli Balik
Buli Balik ialah sebuah filem komedi drama Malaysia 2006 arahan dan lakonlayar oleh Afdlin Shauki terbitan bersama Grand Brilliance, Vision Works dan Tall Order Productions.[2][3][4] Kesinambungan dari filem Buli (2004), ia berkisarkan tentang pereka perisian komputer, Nordin yang kini memiliki tahap keyakinan yang tinggi setelah memperoleh saham dalam syarikat perisian komputer, Michaelsoft, manakala Roy, yang sering membuli Nordin sejak zaman kanak-kanak, terselamat daripada kemalangan maut, namun hilang ingatan akibat kemalangan itu.[5]
| Buli Balik | |
|---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
| Pengarah | Afdlin Shauki |
| Penulis | Afdlin Shauki (lakon layar) |
| Dihasilkan oleh | Ahmad Puad Onah |
| Dibintangi | Afdlin Shauki Hans Isaac Nasha Aziz AC Mizal Patrick Teoh Umie Aida |
| Sinematografi | Indra Che Muda |
| Disunting oleh |
|
| Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 26 Januari 2006[1] |
Durasi tayangan | 110 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bajet | RM 1.5 juta |
| Pecah panggung | RM 2.3 juta |
Filem ini dibintangi oleh Afdlin sendiri bersama Nasha Aziz, Hans Isaac dan turut dibintangi oleh Umie Aida, AC Mizal dan Patrick Teoh. Ia ditayangkan pada 26 Januari 2006. Seperti satu filemnya terdahulu iaitu Buli (2004), Buli Balik juga mendapat sambutan menggalakkan di pawagam.[6][7] Filem ini telah memenangi 3 anugerah di Anugerah Skrin 2006 termasuk Filem Terbaik.[8]
Sinopsis
Filem ini dimulakan selepas enam bulan tragedi Roy dilanggar. Roy dikejarkan ke hospital dan dia ditemani Nordin. Menurut Doktor Selina, Roy tiada harapan hidup. Sementara itu Rudy yang cuba melarikan diri ditangkap polis di pintu masuk Bukit Aman. Enam bulan berlalu dan Nordin berjaya menjuarai rancangan kuiz kegemaran ramai, Siapa Salah Kena Karan. Rudy yang berada di penjara juga membuat pertaruhan sesama banduan di atas kemenangan Nordin tetapi air mukanya berubah apabila dia mula mengecam muka Nordin dari tempat kemalangan Roy. Suatu hari, Nordin terkejut kerana terserempak dengan Roy di hospital dan dia tidak percaya yang Roy masih hidup. Kata Doktor Selina hanya mereka yang rapat dengan Roy boleh membantu memulihkan ingatannya. Doktor Selina mencadangkan agar Nordin membawa Roy pulang tetapi Shaff tidak setuju. Adakah Nordin akan membalas dendam terhadap Roy? Filem ini akan merungkai persoalan apakah Nordin yang seringkali dibuli oleh Roy pada filem pertama itu akan menjadi seperti Roy apabila dia memperoleh kesempatan yang sama.
Pelakon


Pelakon utama
- Afdlin Shauki sebagai Nordin[9][10]
- Hans Isaac sebagai Roy[11]
- Nasha Aziz sebagai Dr. Ika[10]
- AC Mizal sebagai Rudy
- Umie Aida sebagai Dr. Selina
- Patrick Teoh sebagai Tan Sri Michael
- Ako Mustapha sebagai Shaf
- Syanie sebagai Farah
- Sharifah Shahirah sebagai Kak Ila
- Harith Iskander sebagai Dr. Kam
- Soraya Dean sebagai Soosie
Penampilan istimewa
- Ramlah Ram sebagai dirinya sendiri
- Ahmad Tarmimi Siregar sebagai bapa Roy/Haji Dasuki
Pelakon undangan
- Adibah Noor sebagai Pengacara rancangan kuiz Siapa Salah, Kena Karan!?
- Adlin Aman Ramlie sebagai Asmat/Ketua Sekuriti Michaelsoft
- Nur Fazura sebagai Cik Hanum Dari Langkawi
- Riezman Khuzaimi sebagai Profesor Madya Irwan Nirwan Kushirwan
- Zaibo sebagai Pak Osman Orang Tua Gatal
- Nadia Mustafar sebagai Jururawat I
- Nell Ng sebagai Jururawat II
- Aziz M. Osman sebagai sahabat kumpulan terapi I
- Harun Salim Bachik sebagai sahabat kumpulan terapi II
- Wahid Senario sebagai sahabat kumpulan terapi III
- Hanny Harmi sebagai sahabat kumpulan terapi IV
Pelakon sampingan
- Christina Orow sebagai Pembaca Berita
- Zikri Adib Kurnia sebagai Roy kecil
- Syed Abdul Hakim sebagai Nordin remaja
- Adly Bakri Shaary sebagai Roy remaja
- Azman Arshad sebagai Mat Gigi
- Mazalan Zulkifli sebagai Mat Gelap
- Azrul Sharin sebagai Sekuriti I
- Rashid Salleh sebagai Buli Hunter
- Mohd Faiz Mamat sebagai rakan remaja Roy I
- Mohd Zhafir Safarudin sebagai rakan remaja Roy II
- Aizam Syamsul Aksan sebagai rakan remaja Roy III
Penerbitan
Buli Balik ialah sebuah filem usaha sama antara Grand Brilliance dan Vision Works, milik Afdlin Shauki dan Tall Order Production, milik Hans Isaac.[12] Nasha Aziz turut melaburkan sahamnya dalam penerbitan filem ini melalui syarikat Vision Works.[13] Filem yang menelan belanja RM1.5 juta dan menjalani penggambaran selama 35 hari di sekitar ibukota, Cyberjaya dan Port Dickson, Negeri Sembilan dari Januari hingga Februari 2005.[13][1] Menariknya, lokasi yang dipilih, biarpun bukan tepat tumpuan tetapi kelihatan mahal dan bergaya. Sehari sebelum tamat penggambaran, Afdlin telah mengalami kecederaan apabila dihempap tiang lampu ketika di lokasi Port Dickson. Beliau terpaksa dikejarkan ke hospital. Bagaimanapun, sebaik selesai x-ray, dia kembali ke lokasi.[13]
Skrip filem ini mula ditulis oleh Afdlin sebaik sahaja Buli tamat tayangan di pawagam.[14] Watak-watak sampingan yang dipilih untuk membintangi filem tersebut bukanlah calang-calang orang. Hampir kesemuanya adalah pelakon berkaliber yang mempunyai reputasi unggul dalam dunia perfileman tanah air. Antaranya termasuklah nama-nama seperti Harun Salim Bachik, Ida Nerina, Umie Aida, Harith Iskander dan Patrick Teoh. Malah pengarah Aziz M. Osman turut dijemput membintangi filem sambungan Buli itu, menurut Afdlin, dia berbangga apabila ramai kalangan pelakon yang dipelawa, menerima tawaran membintangi filem tersebut.[13] Filem ini juga ditujukan oleh Afdlin khas untuk ibunya.[15] Penyanyi, Ramlah Ram membuat penampilan khas. Afdin mengakui ibunya, Fadzilah Jelani ialah peminat setia Ramlah.[16]
Keluaran dan sambutan
Buli Balik ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 26 Januari 2006 hiingga kejayaan komersial.[17][18] Filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.5 juta di pawagam, tidak lama selepas tayangan perdana rasmi.[19][20]
Zainuri Misfar, menulis untuk Berita Harian mengatakan bahawa filem ini "bukan sekadar ketawa suka-suka".[2] Chan Sue Ching dari Cinema Online mengulas: "Buli Balik mempunyai salah satu premis menarik yang mempunyai semua tombol dan skru di tempatnya untuk bergerak maju ke hadapan".[21] Hafidah Samat dari New Straits Times dalam ulasannya mengatakan Buli Balik ialah "sebuah kesinambungan yang menyentuh hati dan lucu".[22]
Runut bunyi
Runut bunyi filem Buli Balik mengandungi 8 lagu, dengan 5 daripadanya dinyanyikan oleh Afdlin Shauki, dimuatkan dalam album Fuuyo!.
- Senarai lagu
- "Waras" — Afdlin Shauki
- "Mangsa Keadaan" — Afdlin Shauki
- "Tiada Lagi" — Afdlin Shauki
- "Cerita Ku Ingat" — Afdlin Shauki
- "Hingga Ke Akhirnya" — Afdlin Shauki
- "Pada Senyummu" — Radiostar
- "Naluri" — Pacai
- "U Sure Or Not" — Patrick Teoh
Anugerah
| Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2006 | Festival Filem Malaysia ke-19[23] | Filem Terbaik | Buli Balik | Tercalon |
| Pengarah Terbaik | Afdlin Shauki | Tercalon | ||
| Pelakon Lelaki Terbaik | Menang | |||
| Lakon Layar Terbaik | Tercalon | |||
| Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Hans Isaac | Menang | ||
| Anugerah Skrin 2006[24] | Filem Terbaik | Buli Balik | Menang | |
| Pengarah Terbaik | Afdlin Shauki | Menang | ||
| Pelakon Lelaki Terbaik Filem | Tercalon | |||
| Lakon Layar Terbaik Filem | Menang | |||
Rujukan
- "Catatan penerbitan Buli Balik". Filemkita. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-27. Dicapai pada 7 Februari 2010.
- Zainuri Misfar (4 Februari 2006). "Buli Balik bukan sekadar ketawa suka-suka". Berita Harian. Dicapai pada 25 Oktober 2019.
- Radin Sri Ghazali (1 Februari 2006). "Buli Balik... Membawa reformasi kepada erti 'sekuel'". mStar Online. Dicapai pada 1 Februari 2013.
- Meor Shariman (12 Januari 2006). "Big man, bold strides". The Malay Mail. Dicapai pada 2 November 2019.
- Nor Akmar Samudin (19 Februari 2005). "Buli Balik". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2019.
- Buli Balik lucu dan tragis Diarkibkan 2018-02-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (31 Januari 2006). Diperoleh pada 7 Februari 2010.
- Clarence Y.K. Ngui (1 Februari 2006). "Made for the 'big' screen". Malaysian Business. Dicapai pada 2 November 2019.
- Zul Husni Abdul Hamid; Farihad Shalla Mahmud (23 Disember 2006). "Buli Balik filem terbaik". Berita Harian. Dicapai pada 2 November 2019.
- Shakilawati Abd Rahman (15 Januari 2006). "Afdlin bijak buai emosi penonton". Metro Ahad. Dicapai pada 2 November 2019.
- Norhadiani Baharom (17 Januari 2006). "Nasha, Afdlin serasi dalam Buli Balik". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2019.
- Meor Shariman (27 Januari 2006). "Hans at his best in 'Buli Balik'". The Malay Mail. Dicapai pada 28 November 2019.
- Zainuri Misfar (26 Januari 2006). "Buli Balik bukan Baik Punya Cilok". Berita Harian. Dicapai pada 19 Julai 2010.
- Wanda Idris (19 Februari 2005). Buli Balik pemegang saham pegang watak utama Diarkibkan 2017-09-27 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 19 Februari 2011.
- Sharifah Arfah (5 April 2004). "Get set for 'Buli II'". New Straits Times. Dicapai pada 19 Julai 2020.
- Abdul Aziz Itar (14 Januari 2006). Buli Balik Afdlin dedikasikan untuk ibu Diarkibkan 2018-02-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Februari 2010.
- Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (29 Januari 2006). "Ibu Afdlin minat Ramlah Ram". Berita Harian. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
- Meor Shariman (2 Februari 2006). "Buli Balik a big hit". The Malay Mail. Dicapai pada 28 November 2019.
- Buli Balik director, film win top awards The Star (Malaysia) (23 December 2006). Retrieved on February 7, 2010.
- Zainuri Misfar (6 Februari 2006). "Buli Balik 'meletup' di pawagam". Berita Harian. Dicapai pada 19 Julai 2010.
- Hartati Hassan Basri (1 Februari 2006). "5 hari kutip RM1 juta". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2019.
- Chan Sue Ching (23 September 2008). "Buli Balik (2006)" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 13 November 2009.
- Hafidah Samat (26 Januari 2006). "A touching, funny sequel". New Straits Times. Dicapai pada 6 Disember 2019.
- Mohammad Arif Nizam Abdullah (7 Ogos 2006). Festival Filem Malaysia ke-19 diungguli pencalonan GBSB Diarkibkan 2017-02-02 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Februari 2015.
- MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH dan SHAZRYN MOHD. FAIZAL (22 Disember 2006). Bakal dominasi anugerah Gubra, Sepet dan Episod Terakhir? Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 Januari 2007.
