Azam
Azam ialah sebuah filem genre drama dan aksi Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1997. Filem ini telah diarahkan oleh Z. Lokman. Filem Azam diterbitkan dalam bentuk filem warna.
| Azam | |
|---|---|
| Pengarah | Z. Lokman |
| Lakon layar | Z. Lokman |
| Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1997 |
Durasi tayangan | 87 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
Filem Azam mula ditayangkan pada 1997 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Shaharuddin Thamby, Wan Nor Azlin dan ramai lagi.
Sinopsis
Azam mengisahkan Azam seorang pemuda yang perlu menghadapi masyarakat selepas 17 tahun menjalani hukuman akibat melakukan rompakan di sebuah bank. Tetapi masyarakat kampung nyata tidak mudah menerima seorang bekas banduan. Bukan itu sahaja, bekas isterinya Tipah yang kini telah berkahwin dengan Musa seorang guru silat tidak dapat menerimanya. Kecuali Pak Itam dan isterinya sahaja yang bersimpati, Azam harus menghadapi pelbagai tohmahan dan penghinaan daripada orang kampung.
Pelakon
- Shaharuddin Thamby sebagai Azam
- Wan Nor Azlin sebagai Tipah
- Sharifah Shahirah sebagai Haniza
- Zaidi Omar sebagai Musa
- Ebby Yus sebagai Kamal
- Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Ramli
- Abu Bakar Omar sebagai Pak Itam
- Normah Damanhuri sebagai Mak Itam
- Shaharon Anuar sebagai Ketua Polis
- Fathil Dani sebagai Ayub