Awang Jabar

Awang Bin Jabar merupakan ahli politik Barisan Nasional di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Dungun, negeri Terengganu (1978-1990). Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional. Kemudian beliau bertanding DUN Bukit Besi dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995.

Yang Berhormat

Awang Bin Jabar
Fail:Awang Bin Jabar.jpg
Anggota Parlimen
untuk Dungun, Terengganu
Butiran peribadi
Lahir Dungun, Terengganu
PekerjaanBekas Ahli Parlimen

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tun Hussein Onn dan Timbalan Perdana Menteri ialah Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.Beliau menjadi Setiausaha Parlimen, Kementerian Belia dan Sukan (1984-1990). Selain itu menjadi Ketua UMNO Bahagian Dungun.

Beliau menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia ketika Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pemuda UMNO. Beliau juga disebut-sebut sebagai MB Terengganu yang menyebabkan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad tidak selesa.Buku 'Dilemma Yusof Noor' 1993 mendedahkan persinggitan antara Awang Jabar-Wan Mokhtar- Ustaz Azmi Ibrahim.

Pada 2008, beliau menjadi Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad bin Said.

Pilihan raya

Beliau menang pilihan raya selama empat penggal (1978, 1982,1986 dan 1990). Pada Pilihan raya umum Malaysia 1995 Awang Jabar menang di DUN Bukit Besi dengan majoriti 1501 undi. Berikutan itu, beliau dilantik menjadi Exco Terengganu.

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 , bertanding di DUN N25 Bukit Besi. Beliau kalah kepada calon PAS ,Roslan Ismail dengan undi tipis. Pengundi Bukit Besi seramai 8236 orang. Pada tahun itu kerajaan BN Terengganu pimpinan Menteri Besar Terengganu, Wan Mokhtar Ahmad tumbang kepada PAS.

Royalti Minyak Terengganu

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2000 di PWTC, Kuala Lumpur , Umno Terengganu diwakili Datuk Awang Jabar membawa usul agar royalti Terengganu ditarik balik. Menurut perjanjian 1975, Terengganu sepatutnya menerima 5 % royalti minyak dari Petronas. Oleh itu MB Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang terpaksa mencari dana lain dan akhirnya kerajaan PAS di Terengganu tumbang pada 2004.

Wakaf sekolah

Beliau mewakafkan tanah dan menjual murah rumahnya di Dungun menjadi Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin dan menggunakan modul pendidikan Dewan Ulama Pas.

Maut kemalangan

Pada 20 September 2011,jam 7.10 pagi, beliau (66 tahun) maut selepas terbabit kemalangan jalan raya di di Kilometer 26, Jalan Kuala Terengganu-Kemaman dekat Kampung Alor Tumang, Dungun.Turut terkorban ialah seorang pelancong Yemen, Nesma Nabil Abdul Karim Al-Saiban (25) yang menaiki kereta Perodua Alza.Pelancong dari Yemen , Muhamad Mazan Jamal, Muhamad Hassan, Muhamad, Najda dan Fairus cedera dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Pemandu kereta Mercedes Benznya, Abdul Razak hanya cedera di muka. Pelancong Yemen itu hendak bercuti di Pulau Redang.

Jenazah dibawa balik ke rumahnya di Jalan Tekukur dan disembahyangkan di Masjid Al Muktafibillah Shah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim.[1][2] Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau meninggalkan isteri Datin Mariam Abdullah dan tujuh orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan).[3]

Lihat juga

Rujukan

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.