48-bit

Integer, alamat ingatan, dan unit data 48-bit yang lain dalam bidang seni bina komputer ialah unsur yang tidak melebihi 48 bit (6 oktet) lebarnya. Seni bina unit pemprosesan pusat (CPU) dan unit logik aritmetik (ALU) 48-bit juga merupakan seni bina yang bersandarkan pendaftar, bas alamat, atau bas data dengan saiz itu.

Pemproses
4-bit8-bit12-bit16-bit18-bit24-bit31-bit32-bit36-bit48-bit64-bit128-bit
Penggunaan
16-bit 32-bit64-bit
Saiz data
nibel   oktet   bait   kata   kata-d   kata-q

Kelainan-kelainan CISC untuk pelantar IBM AS/400 merupakan sebuah sistem pengalamatan 48 bit. Dengan pengenalan ATA-6, saiz alamat yang digunakan untuk pengalamatan blok logik dinaikkan kepada 48 bit.

Bagi imej digital, 48 bit per piksel atau 16 bit per saluran warna dipergunakan untuk pemprosesan jitu. Walaupun imej sebegini tidak kelihatan lebih canggih daripada imej 24 bit (yang mengandungi lebih banyak warna daripada yang dapat dilihat oleh mata manusia), kewujudan lebih banyak letau antara warna (65,536, berbanding dengan 256) bermakna bahawa lebih banyak kendalian imej dapat dilakukan tanpa menghadapi sebarang penjaluran atau posterisasi yang ketara.

Lihat juga

Rujukan

    Pautan luar


    Rencana ini pada asalnya berdasarkan bahan daripada Free On-line Dictionary of Computing yang dilesenkan di bawah GFDL.

    This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.