399 SM

Peristiwa

Yunani

  • 15 Februari - Socrates, ahli falsafah Yunani, dihukum mati melalui meminum hemlok oleh pihak berkuasa Athens atas tuduhan melakukan perbuatan-perbuatan yang ingkar, serta merosakkan akhlak pemuda-pemudi Athens. Beliau enggan melarikan diri untuk hidup dalam buangan.
  • Sparta memaksa Elis menyerah kalah pada musim bunga.
  • Lysander, laksamana Sparta, mencuba memulakan pemberontakan politik di Sparta dengan mencadangkan bahawa rajanya tidak sepatutnya diberikan pimpinan tentera secara automatik. Beliau juga mencadangkan bahawa kedudukan raja harus dipilih melalui pengundian. Bagaimanapun, beliau tidak berjaya mencapai pembaharuan-pembaharuan ini, serta tidak disukai lagi oleh Raja Agesilaus II dari Sparta.
  • Raja Archelaus I dari Macedon dibunuh semasa memburu oleh Craterus, salah satu budak kundang diraja yang juga merupakan kendaknya.

Mesir

  • Raja Amyrtaeus dari Mesir ditewaskan dalam pertempuran oleh pewarisnya, Nepherites I dari Mendes, dan dihukum mati di Memphis. Raja Nepherites I (atau Nefaarud I) mengasaskan Dinasti Kedua Puluh Sembilan Mesir, dan menjadikan Mendes sebagai ibu kotanya.

Kesusasteraan

  • Plato memulakan penulisan Phaedo.

Kelahiran

    Kematian

    This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.