350 SM
Peristiwa
Yunani
- Alexander I menjadi raja Epirus selepas abang (atau adik) iparnya, Philip II of Macedon, menggulingkan Arymbas, sepupu Alexander.
Empayar Parsi
- Sidon, pusat pemberontakan terhadap Parsi, meminta bantuan daripada Tyre, kota kembarnya, dan Mesir, tetapi tidak berjaya mendapat banyak bantuan.
- Idrieus, anak lelaki kedua Hecatomnus, mewarisi takhta Caria pada kemangkatan Artemisia, balu abangnya, Mausolus. Tidak lama selepas naik takhta dan atas permintaan Raja Artaxerxes III dari Parsi, Idrieus melengkapi sebuah armada yang terdiri daripada 40 buah kapal trirem dan mengumpulkan sebuah angkatan tentera yang terdiri daripada 8,000 orang askar upahan untuk bertempur dengan tentera Cyprus di bawah Phocion, jeneral Athens.
Republik Rom
Sains
- Aristotle mengemukakan alasan untuk sebuah Bumi sfera dengan menggunakan gerhana qamari dan pencerapan-pencerapan yang lain. Beliau juga membincangkan pentaakulan logik dalam karyanya, Organon.
- Plato mencadangkan sebuah model geopusat alam semesta, dengan bintang-bintang berputar pada sebuah sfera cakerawala yang tetap.
Kelahiran
- Dicaearchus, ahli falsafah, kartografi, geografi, matematik, dan poligraf Yunani (maut k.k. 285 SM)
- Cassander, raja Macedon dan pengasas Dinasti Antipatrid (tarikh anggaran) (maut k.k. 297 SM)
- Shen Dao, ahli falsafah Cina yang dikenali untuk falsafah paduannya yang terdiri daripada ultrakeundangan dan Taoisme (tarikh anggaran) (maut k.k. 275 SM)
Kematian
- Lelaki Tollund, mangsa pengorbanan manusia di Semenanjung Jutland, Denmark, yang mungkin merupakan bukti terawal yang diketahui tentang penyembahan kepada Odin, ketua dewa Norse (tarikh anggaran)
- Artemisia, permaisuri Caria dan adik perempuan serta isteri kepada Raja Mausolus dari Caria.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.