Uhud
Bukit Uhud atau Gunung Uhud (Bahasa Arab: جبل أحد) ialah sebuah bukit yang terletak di utara kota Madinah, Arab Saudi dengan ketinggian 1077 meter. Batuan Uhud lazimnya terdiri daripada granit merah.[1]
| Uhud | |
|---|---|
| جبل أحد | |
![]() | |
| Titik tertinggi | |
| Ketinggian | 1,077 m (3,533 ka) |
| Koordinat | 24°30′13″N 39°36′56″E |
| Geografi | |
| Lokasi | Madinah al-Munawwarah, Arab Saudi |
Di sinilah terjadinya Perang Uhud pada Syawal 3 H / Mac 625 M. Tentera Muslim yang awalnya menguasai pertempuran meninggalkan kedudukan strategik mereka di atas bukit. Ini membolehkan angkatan berkuda Quraisy Makkah di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid mengelilingi bukit dan menyerang dari belakang, 'menewaskan' orang Islam Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri cedera agak teruk.
Rujukan
- "أحد.. جبل يحبنا ونحبه". Al-Riyadh (dalam bahasa Arab). 17 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2018.
Pautan luar
Kategori berkenaan Uhud di Wikimedia Commons
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.
