Thaler Hanover

Thaler Hanover ialah mata wang Kawasan Pemilih Hanover (bakal Kerajaan Hanover) sehingga 1857. Sehingga 1834, nilainya sama sahaja dengan tiga suku Conventionsthaler dan dibahagikan kepada 36 Mariengroschen, dengan setiap Mariengroschen bernilai 8 Pfennig.

Antara 1807 hingga 1813, Thaler Westphalia (yang sama nilainya dengan Thaler Hannover) serta Frank Westphalia diedarkan bersama-sama di Hanover. Pada 1834, kandungan perak di dalam duit syiling Thaler Hanover dikurangkan sedikit untuk menyamakan nilainya dengan Thaler Prusia. Pada 1857, Thaler Hanover kemudian digantikan dengan Vereinsthaler Hanover pada tara.

Rujukan

    • Krause, Chester L. dan Clifford Mishler (1991). Standard Catalog of World Coins: 1801–1991 (ed. Edisi ke-18). Krause Publications. ISBN 0873411501.
    • Pick, Albert (1990). Katalog Piawai Wang Kertas Dunia: Isu Khusus. Colin R. Bruce II dan Neil Shafer (penyunting) (ed. 6th). Krause Publications. ISBN 0-87341-149-8.


    This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.