Teritip

Teritip (Jawi: تريتيڤ) merupakan sejenis artropod yang tinggal di laut terdiri daripada subkelas Cirripedia dalam subfilum Krustasea, dengan itu dalam keluarga sama dengan ketam dan udang karang. Terdapat kira-kira 1,0000 spesies teritip yang diketahui kini.[1] Nama subkelasnya Cirripedia adalah dari bahasa Latin yang bermakna "kaki bergulung".[2]

Teritip
"Cirripedia" dari Kunstformen der Natur (1904). Di tengah adalah ketam.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Maxillopoda
Subkelas:
Thecostraca
Infrakelas:
Cirripedia

Burmeister, 1834
Superorder

Acrothoracica
Thoracica
Rhizocephala

Teritip dan kulit kupang yang melekat pada batu.
Pandangan dekat teritip.

Teritip biasanya melekat pada batu, badan kapal, malah pada badan paus. Teritip mampu bertahan sekiranya ia terdedah kepada udara semasa air surut. Ketika itu, ia akan menutup cangkerangnya untuk mengekalkan kelembapan badannya. Cangkerang teritip sangat tajam, oleh itu mereka yang ingin memanjat batu di tepi pantai dinasihatkan agar memakai kasut bagi mengelakkan daripada terluka.

Rujukan

  1. Martin Walters & Jinny Johnson (2007). The World of Animals. Bath, Somerset: Parragon. ISBN 978-1-4054-9926-2.
  2. Concise Oxford English Dictionary (ed. 10th). Oxford University Press. 2002. m/s. 260. ISBN 0-19-860572-2.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.