Teluk Cempedak

Pantai Teluk Cempedak terletak kira-kira 5 km dari Kuantan, Pahang, Malaysia. Ia merupakan tempat perkelahan yang popular dan menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu. Mempunyai pasir pantai yang bewarna putih melepak dan gebu.

Kerajaan Negeri Pahang telah membina pelbagai kemudahan di Teluk Cempedak. Antara kemudahan yang disediakan ialah :

  • Menara tinjau
  • Restoran dan gerai-gerai
  • Titi / Jambatan menyusun pinggir bukit
  • Surau
  • Bilik mandi / tandas
  • Tembok pinggir pantai
  • Pentas
  • Hotel
  • Tempat letak kereta yang luas.

Galeri

Panorama Pantai Teluk Cempedak, koleksi peribadi.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.