Tasik Chad
Tasik Chad adalah sebuah tasik dangkal di Afrika yang dikira sangat penting kerana menyediakan bekalan air kepada lebih 20 juta orang yang tinggal di empat negara sekitar — Chad, Cameroon, Niger, dan Nigeria. Tasik ini terletak di barat negara Chad dan bersempadan Nigeria di timur laut. Lebih dari 90% air tasik Chad berasal dari sungai Chari. Tasik ini memiliki banyak pulau kecil, dan kawasan pesisir membentuk kawasan paya.
| Tasik Chad | |
|---|---|
![]() Gambar Tasik Chad oleh kru Apollo 7, Oktober 1968 | |
![]() Peta tasik dan wilayah sekitar | |
| Koordinat | 13°0′N 14°0′E |
| Jenis tasik | Endoreik |
| Aliran masuk utama | Sungai Chari |
| Aliran keluar utama | Lekukan Soro dan Bodélé |
| Negara lembangan | Chad, Cameroon, Niger, Nigeria |
| Luas permukaan | 1,350 km2 (520 bt2) (2005)[1] |
| Kedalaman purata | 1.5 m[2] |
| Kedalaman maks | 11 m[3] |
| Isipadu air | 72 km3 (17 bt3).[3] |
| Panjang pesisir1 | 650 km |
| Ketinggian permukaan | 278 hingga 286 meter (912 hingga 938 ka) |
| Rujukan | [1] |
| 1 Panjang pesisir adalah tidak diukur jelas. | |

Sedimen yang ditemui di tasik ini menunjukkan beberapa zaman tasik menjadi kering, yakni pada sekitar tahun 8500 SM, 5500 SM, 2000 SM, dan 100 SM. Pada tahun 1960-an, luas tasik ialah kira-kira 26,000 km², tetapi pada 2000, tasik ini telah mengecil menjadi 1,500 km². Hal ini disebabkan oleh berkurangnya taburan hujan dan banyak air yang diambil dari tasik ini dan sungai-sungai sekitar sebagai saliran. Tasik ini dikatakan akan mengering pada abad ke-21. Kedalaman purata tasik pada ketika ini ialah 1.5 meter.
Pautan luar
- Maklumat dan peta legeh Tasik Chad Diarkibkan 2004-06-29 di Wayback Machine.
- Peta Chad Diarkibkan 2012-08-13 di Wayback Machine di Water Resources eAtlas.
- World Lakes Database Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine.

