Tarian Ngajat

Tarian Ngajat atau Tarian Norek adalah satu tarian tradisional yang berasal daripada Kalimantan Barat (Indonesia)[4][5][6] yang sangat popular dalam kalangan orang Iban di Kalimantan Barat dan Sarawak.

Tarian Ngajat
Para penari Dayak mempersembahkan tarian Ngajat Ngalu Temuai dalam Festival Budaya Dayak diadakan di Anjungan, Kalimantan Barat, Indonesia.
Nama asliBahasa Indonesia: Tari Ngajat, Tari Ajat
Bahasa Melayu: Tarian Ngajat
GenreTradisional
Alat muzikgong, canang, ketebong
Asal usulKalimantan Barat, Indonesia[1][2][3] — juga popular di Sarawak

Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:

  1. Ngajat Induk
  2. Ngajat Bebunoh
  3. Ngajat Lesong
  4. Ngajat Semain
  5. Ngajat Berayah
  6. Ngajat Pua Kumbu
  7. Ngajat Kuta
  8. Ngajat Ngalu Temuai
  9. Ngajat Ngemai antu pala

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.

Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil membawa tengkorak musuh.

Tarian Ngajat.

Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Peralatan muzik

Muzik iringan dimainkan daripada alat-alat seperti gong besar (tawak) dan gong sederhana (bebendai), gendang atau dedumbak dan satu set gong kecil engkurumong. Sapeh adalah alat muzik bertali seperti gitar.

Pakaian tradisi

Penari lelaki akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Bagi penari wanita atau digelar sebagai 'kumang', mereka memakai pakaian tradisi seperti sugu tinggi sebagai hiasan kepala, rawai tinggi di bahagian dada, kain tenun yang diikat pada pinggang, gelang tangan dan kaki, dan anting-anting.


Pautan luar

  1. Yuyun, Cici Deonesia; Frettisari, Imma; Muniir, Asfar (2020). "The Meaning of the Attire Symbols of Ngajat Dance on Iban Dayaks from Ngaung Keruh Village, Kapuas Hulu Regency". The Journal of Education and Equatorial Studies. 9 (4). ISSN 2715-2723. Dicapai pada 22 March 2021.
  2. Mantiral, Vincentia Sepriana; Istiandini, Winda; Frettisari, Imma (2020). "The Meaning of the Symbols used in Ngajat Lesung Dance Properties in the villages of Bengkayang Regency". The Journal of Education and Equatorial Studies. 7 (12). ISSN 2715-2723. Dicapai pada 22 March 2021.
  3. "Ngajat Baramie". kebudayaan.kemdikbud.go.id. The Heritage Preservation of East Kalimantan, Directorate General of Culture of the Republic Indonesia. 2015. Dicapai pada 22 March 2021.
  4. Yuyun, Cici Deonesia; Frettisari, Imma; Muniir, Asfar (2020). "The Meaning of the Attire Symbols of Ngajat Dance on Iban Dayaks from Ngaung Keruh Village, Kapuas Hulu Regency". The Journal of Education and Equatorial Studies. 9 (4). ISSN 2715-2723. Dicapai pada 22 March 2021.
  5. Mantiral, Vincentia Sepriana; Istiandini, Winda; Frettisari, Imma (2020). "The Meaning of the Symbols used in Ngajat Lesung Dance Properties in the villages of Bengkayang Regency". The Journal of Education and Equatorial Studies. 7 (12). ISSN 2715-2723. Dicapai pada 22 March 2021.
  6. "Ngajat Baramie". kebudayaan.kemdikbud.go.id. The Heritage Preservation of East Kalimantan, Directorate General of Culture of the Republic Indonesia. 2015. Dicapai pada 22 March 2021.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.