Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah
Sultan Abdul Rahman Al Muazzam Shah Ibni Al-Marhum Raja Muhammad Yusuf merupakan Sultan Riau-Lingga ke-8 dan terakhir. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Riau-Lingga dua tahun selepas kemangkatan bapa mertuanya, Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah
| Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah | |
|---|---|
![]() | |
| Pemerintahan | 1883 – 1911 |
| Pendahulu | Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah |
| Pengganti | Kesultanan dimansuhkan oleh Belanda |
| Raja Muda | Tengku Besar Umar Muazzam Shah |
| Pasangan | Engku Puan Jahara binti Engku Embong Usman |
| Anakanda | |
| Tengku Besar Umar Muazzam Shah | |
| Nama penuh | |
| Tengku Abdul Rahman II Muazzam Shah | |
| Ayahanda | Yang Di-Pertuan Muda Raja Muhammad Yusuf |
| Bonda | Engku Embong Fatimah binti Al-Marhum Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah |
| Keputeraan | 1851 Kepulauan Lingga, |
| Kemangkatan | 28 Disember 1930 Serangoon Road, |
| Dimakamkan | 28 Disember 1930 Tanah Perkuburan Islam Bukit Raden Mas, Teluk Belangah, Singapura |
| Agama | Islam |
Keputeraan
Baginda merupakan putera Raja Muhammad Yusuf iaitu Yang Di-Pertuan Muda Riau ke-10.
Kehidupan
Baginda ada dihadiahkan tiga buah gendang perak bersepuh emas ditukang dari Jawa melengkapi nobat baginda dari Gubernur Hindia Timur Belanda di Batavia (kini Jakarta) pada tahun 1885.[1]
Rujukan
- Tengku Muda Muhammad (Oktober 1968). "The Silver Nobat of Trengganu". Malaysia in History. Persatuan Sejarah Malaysia. 12 (1): 30–32.
Pautan luar
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.
