Sudan Selatan

Sudan Selatan, atau nama rasminya Republik Sudan Selatan,[4] merupakan sebuah negara tak berpantai di Afrika Timur. Ibu negara dan bandar terbesarnya ialah Bandar Raya Juba. Ia bersempadan dengan Habsyah di timur; Kenya, Uganda, dan Republik Demokratik Congo di selatan; Republik Afrika Tengah di barat; dan Sudan di utara. Sudan Selatan merangkumi kawasan paya Sudd yang dibentuk oleh Sungai Nil Putih, ataupun nama tempatannya Bahr al Jabal.

Republik Sudan Selatan
Sudan Selatan

Republic of South Sudan
Bendera Jata
Lagu kebangsaan: "South Sudan Oyee!"
Ibu negara
(dan Bandar terbesar)
Juba
Bahasa rasmiInggeris
Bahasa umum
yang diakui
Arab Juba, Dinka, Nuer, Zande, Bari, Shilluk
Kumpulan etnik
Dinka, Nuer, Bari, Lotuko, Kuku, Zande, Mundari, Kakwa, Pojulu, Shilluk, Moru, Acholi, Madi, Lulubo, Lokoya, Toposa, Lango, Didinga, Murle, Anuak, Makaraka, Mundu, Jur, Kaliko, and others.
KerajaanRepublik demokrasi berpresiden persekutuan
 Presiden
Salva Kiir Mayardit
 Naib Presiden
Riek Machar
Badan perundanganDewan Undangan
Kemerdekaan 
 Perjanjian Damai Menyeluruh
6 Januari 2005
 Negara autonomi
9 Julai 2005
9 Julai 2011
Luas
 Jumlah
619,745 km2 (239,285 bt2) (ke-45)
Populasi
 Perkiraan
7,500,000–9,700,000 (2006, UNFPA)[1]
11,000,000–13,000,000 (dakwaan Sudan Selatan, 2009)[2]
 Bancian Penduduk 2008
8,260,490 (diragui)[3] (ke-94)
Mata wangPaun Sudan
(SDG)
Zon waktuWaktu Afrika Timur
(UTC+3)
Kod panggilan249
Kode ISO 3166SS

Negara ini mula-mula menganggotai Sudan Inggeris-Mesir, sebuah negara kondominium di bawah pentadbiran British dan Mesir, kemudian menjadi sebahagian Republik Sudan apabila kemerdekaan dicapai pada tahun 1956. Ekoran Perang Saudara Sudan Pertama, Kawasan Autonomi Sudan Selatan dibentuk pada tahun 1972 dan bertahan hingga tahun 1983. Kemudian, tercetusnya Perang Saudara Sudan Kedua yang berkesudahan dengan Perjanjian Damai Menyeluruh 2005. Pada tahun yang sama, taraf autonomi dipulihkan apabila terbentuknya Kerajaan Autonomi Sudan Selatan. Sudan Selatan menjadi negara merdeka pada 9 Julai 2011 pada tengah malam (00:00) waktu tempatan ekoran pungutan suara pada Januari 2011 yang menyaksikan hampir 99% pengundi memilih supaya Sudan Selatan berpisah daripada negara Sudan.[5]

Rujukan

  1. "UNFPA Southern Sudan". UNFPA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-03. Dicapai pada 2011-07-09.
  2. "Sudan census committee say population is at 39 million". SudanTribune. 27 April 2009.
  3. "Discontent over Sudan census". News24.com. 21 Mei 2009.
  4. "South Sudan becomes world's newest nation". Forbes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-12. Dicapai pada 9 July 2011.
  5. Martell, Peter (2011 [last update]). "BBC News - South Sudan becomes an independent nation". BBC. Dicapai pada 9 Julai 2011. Check date values in: |year= (bantuan)
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.