Shima Anuar
Noor Hashimah binti Anuar atau lebih dikenali sebagai Shima Anuar (Jawi: شيم انوار) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1]
Shima Anuar | |
|---|---|
| Kelahiran | Noor Hashimah binti Anuar 8 April 1991 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2010–kini |
| Pasangan | Mohd Solih Toha (k. 2017) |
| Anak | 2 |
Kehidupan peribadi
Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Rawang, Selangor. Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017.[2]
Pada 12 Disember 2017, Shima telah dikurniakan anak perempuan sulung yang diberi nama Marian Sophia.[3]
Kerjaya
Shima Anuar memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 sebagai pelakon tambahan untuk beberapa drama dan filem tempatan. Beliau merupakan salah seorang bakat baru yang diperkenalkan oleh Metrowealth bersama-sama Wawa Zainal, Adiba Yunus, Mikail Andre dan Niezam Zaidi. Drama pertama lakonannya ialah Klik (2010). Beliau membintangi filem sulung lakonannya, 7 Petala Cinta (2011) gandingan bersama Aeril Zafrel. Pada tahun 2013, Shima bekerja di bawah arahan pelakon bertukar pengarah Pierre Andre menerusi filem Cerita Kita dan Highland Tower.
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2011 | Flat 3A | Filem pertama | |
| Bini-Biniku Gangster | Penampilan khas | ||
| 2012 | Sumpahan Kum Kum | Mila | |
| 7 Petala Cinta | Saidatul Nafisa | ||
| X | |||
| Hanya Aku Cinta Kau Seorang | Zizi | ||
| 2013 | Cerita Kita | ||
| Dua Kalimah | |||
| 99 Kali Rindu | Saidatul Nafisa | ||
| Adnan Sempit 3 | Zita | ||
| Highland Tower | Shima | ||
| 2014 | Jangan Pandang Belakang Boleh | Seri | |
| Awak Nak Kahwin Dengan Saya? | Sara | ||
| Nasi Tangas | Fatin | ||
| Glorfiying Love | |||
| 2017 | Hospital | Erin | |
Drama
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2010 | KLIK | Astro Ceria | ||
| 2011 | Impian Raya Emelyn | Farah | TV9 | |
| 2013 | Ruby | Diana | TV3 | |
| 2016 | Sha & Shah | Atilia | Astro Ria | |
| 2018 | Kenyalang I'm In Love | Mona | TV3 | |
| Isteri Dalam Sangkar | Puteri Waiduri | Hypp Sensasi | ||
| 2022 | Suamiku Lelaki Pendosa | Anggun Dania | TV3 | |
Telefilem
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 2014 | Jangan Ambil Nyawa Aku | Suzi | HyppTV |
Rujukan
- Farhana Ab Rahman (23 September 2016). Shima Anuar kikis sikap penakut Berita Harian. Dicapai pada 3 Mei 2018.
- Farhana Ab Rahman (8 April 2017). Shima Anuar sah bergelar suami Berita Harian. Dicapai pada 3 Mei 2018.
- Zaidi Mohamad (13 Disember 2017). Sambut tahun baharu dengan anak sulung Berita Harian. Dicapai pada 14 Disember 2017.