Sayyid

Sayyid (Bahasa Arab: سيد) (jamak sādah Bahasa Arab: سادة) dalam bahasa beerti Tuan. Ialah gelaran kehormatan, merujuk kepada lelaki yang memiliki keturunan dari "Rasulullah", Muhammad melalui cucu baginda dari Hassan bin Ali dan Hussein bin Ali, melalui perkahwinan anak perempuan Nabi iaitu Fatimah az-Zahra dan menantu serta sepupu baginda Ali bin Abi Talib.[1]

Anak-anak perempuan golongan berketurunan sayyid diberi gelaran Sayyida, Alawiyah, Syarifah, atau Sharifah. Anak kepada seorang wanita Sayyida yang berkahwin dengan lelaki biasa yang tidak memiliki jurai keturunan Sayyid pula tidak layak mendapat gelaran Sayyid, walau bagaimanapun mereka berhak mendapat gelaran Mirza kerana berasal dari susur ibu berketurunan Sayyida. Sayyid secara definisinya merujuk kepada cabang suku kaum Arab Bani Hashim, klan dari kaum Arab Quraisy yang bersambung terus kepada Adnan dan kemudiannya bersambung terus kepada Ismail dan bapanya Ibrahim.

Dalam Dunia Arab, Sayyid boleh disamaertikan dengan perkataan bahasa Melayu beerti Tuan atau "Kerabat Termulia, kerana golonga Sayyid ini berasal dari junjungan besar Muhammad.[2] Ini juga berkait dengan penggunaan perkataan sidi (dari bentuk kontrak sayyidī, bermaksud 'juraiku') yang digunakan dalam Dialek Arab Maghribi.[3] Sesetangah Sayyid mengambil gelaran Sheikh sebagai ganti.

Golongan Alevi menggunakan sebutan seyyid (dari bahasa Turki) sebagai gelaran kehormat sebelum menggunakan gelaran sufi mereka. El Cid, ialah nama yang diberikan kepada pahlawan Sepanyol yang terkenal pada abad ke 11 Masihi. Dipercayai nama ini berasal dari perkataan (As-Sayyid). As-Sayyid juga digunakan sebagai gelaran bagi merujuk kepada putera atau raja dalam sistem monarki Kesultanan Oman.

Sedangkan Kerajaan-Kerajaan di Nusantara ini yang berdasarkan kajian sejarah adalah keturunan Ahlul Bayt (Sharif / Sayyid) diantaranya adalah : Kesultanan Brunei, Kesultanan Sambas, Kesultanan Sulu, Kesultanan Perlis, Kesultanan Siak Sri Indrapura, Kesultanan Cirebon, Kesultanan Banten, Kesultanan Pontianak dan Ketuanan Kubu.

Penterjemahan

BahasaPenterjemahanKawasan pertuturan
Bahasa ArabSayyid, Sayyidi, Sayyed, Sayid, Saiyyid, Saiyid, SidiDunia Arab
Bahasa AzerbaijaniSeyid, SeyyidAzerbaijan, Iran
Bahasa BaluchiSayyid, Syed, Sayeed, Sayyed, SayidPakistan, Wilayah Baluchistan
Bahasa KurdiSeyid, Syed, Seyyid, SeyitWilayah Kurdish
Bahasa MelayuSyed, SheikhMalaysia, Brunei dan Singapura
Sayyid, Syed, Sayid Indonesia
Bahasa PashtoSayed, Syed, SaidAfghanistan dan Pakistan
Bahasa ParsiSaid, Sayyed, Sayed, Saeyd, Seyyed, Seyed, Saiyed, Saeid, SiyyidAfghanistan, Iran dan Pakistan
Bahasa PunjabiSayed, SyedPakistan
Bahasa Seraiki, Bahasa SindhiSayed, SyedPakistan
Bahasa SomaliSayyidSomalia, Djibouti
Bahasa TurkiSeyed, Seyit, Seyyid, SeyyedTurki, Azerbaijan dan Asia Tengah
Bahasa BosniaSeid, Sait, SeadBosnia dan Herzegovina
Bahasa Urdu, Bahasa Marathi, Bahasa Hindi, Bahasa Assamese, Bahasa Konkani, Bahasa Kannada, Bahasa Bhojpuri, Bahasa Telugu, Bahasa Tamil, Bahasa Bengali, Bahasa Malayalam, Bahasa GujaratiSyed, Saiyad, Saiyed, Sayyid, Saiyed, Saiyid, Sayyed, SayidAsia Selatan
Bahasa SepanyolCidAl-Andalus
Lain-lainSiyyid

Pengguna yang memakai aksara Latin dalam menerjemah perkataan "sayyid" dari bahasa Arab biasanya akan menukarnya kepada perkataan "Syed" apabila berimigrasi di wilayah Asia Selatan dan Asia Tenggara, kerana sebutan masyarakat disana lebih mudah mengadaptasi dengan bunyi "e" dalam aksara sebutannya.

Gelaran-gelaran lain

BahasaGelaranKawasan pertuturan
Bahasa ArabSharif, Habib, SheikhDunia Arab
Bahasa Urdu, Saraiki, Punjabi, HindkoShah, Saab, BadshahPakistan
Bahasa SindhiShah, Sain, Saab, Makhdoom, MirSindh, Pakistan.
Bahasa IndonesiaHabib, SayidIndonesia
Bahasa MinangkabauSidiSumatera Barat, Indonesia dan Negeri Sembilan, Malaysia
Bahasa PalembangAyibSumatera Selatan, Indonesia
Bahasa MelayuSharifah, SyarifahMalaysia, Singapura, Brunei
Bahasa MalayalamThangal Kerala, India
Bahasa GujaratiSayedna, Syedna, SayednahBarat Laut India
Bahasa Urdu, Punjabi,Shah, Shah Ji, Pir, Pir SahibPakistan, India
Bahasa ParsiShah, Mir, MirzaIran dan Afghanistan
Bahasa Urdu, Bahasa Bengali, Bahasa MelayuShah, Agha, Saab, MirAsia Selatan dan Asia Tenggara

Jurai keturunan Sayyid Hassani yang memerintah Makkah, Madinah, Iraq dan kini memerintah di Jordan, dari kalangan kerabat Wangsa Hasyimiah, mewujudkan gelaran 'Sharif' (jamak; Ashraf). 'Sharif' dikhususkan bagi keturunan Hassan bin Ali, manakala Sayyid pula dikhususkan bagi keturunan Hussein bin Ali. Walau bagaimanapun, sejak pasca era-Wangsa Hasyimiah bermula, terma Sayyid telah menjadi penanda kepada kedua-dua belah pihak keturunan Hassan dan Hussein. Arab Syiah pula menggunakan terma Sayyid dan Habib bagi merujuk kepada keturunan Hassan dan Hussein.

Lihat juga

  • Azmatkhan
  • Abbasi
  • Sadaat-e-Bilgram
  • Sayyid of Gujarat
  • Hallaur
  • Gardēzī Sadaat
  • Sadaat Amroha
  • Saadat-e-Bara
  • Ba'Alawi
  • Bawazir
  • Sayyid Qutb
  • Kohein (bersamaan dengan gelaran Yahudi)
  • Mashwanis

Rujukan

  1. Ho, Engseng. 2006. Graves of Tarim. University of California Press. Berkeley. p. 149
  2. Cleveland, W.L. & Bunton, M. (2009). A history of the modern middle east, 4th edition. Philadelphia, PA: Westview Press.
  3. People of India by Herbert Risely

Pautan luar

  • Ba'Alawi Sadah of Hadhramaut Diarkibkan 2011-05-11 di Wayback Machine
  • GILANI Sayyads of Masanian Sharif Diarkibkan 2010-03-09 di Wayback Machine
  • Ba`alawi.com Ba'alawi.com | The definitive resource for Islam and the Alawi Ancestry
  • Sayyid Trust
  • Jamaiat Hanfia Qadria Mahmoodia
  • The BaAlawi Genealogy
  • Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)

Templat:Indian Muslim

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.