Sark
Sark (Perancis: Sercq, Sebutan bahasa Perancis: [sɛʁ]; Sercquiais: Sèr atau Cerq) ialah pulau yang membentuk sebahagian Kepulauan Channel di barat daya Selat Inggeris, yakni di pesisir Normandy, Perancis. Pulau ini ditadbir sebagai sebahagian Guernsey, dengan perundangan berdasarkan undang-undang Norman serta parlimennya sendiri. Pulau ini dihuni oleh kira-kira 500 orang.[1] Sark (termasuk pulau jiran Brecqhou) berkeluasan 2.10 batu persegi (5.44 km2).[2] Selain itu, Sark Kecil pula ialah sebuah semenanjung yang bersambung dengan pulau utama melalui sebatang tanah genting yang tinggi dan sangat sempit.
Sark | |
|---|---|
![]() Bendera | |
| Lagu: "God Save the Queen" | |
![]() | |
![]() Peta Sark didalam Bailiwick | |
| Negara berdaulat | United Kingdom |
| Wilayah mahkota | Bailiwick Guernsey |
| Pemisahan dari Duci Normandy | 1204 |
| Fief diberikan kepada Hellier de Carteret | 1565 |
| Feudalisme dimansuhkan | 9 April 2008 |
| Kerajaan | |
| • Jenis | Wilayah mahkota pemerintahan sendiri dibawah parlimen raja berperlembagaan |
| • Ratu | Elizabeth II |
| • Seigneur | Christopher Beaumont |
| Penduduk (2015) | |
| • Jumlah | 492[1] |
| Zon waktu | UTC±00:00 (GMT) |
| • Musim panas (DST) | UTC+01:00 (BST) |
Sark ialah salah satu daripada beberapa tempat di dunia yang mengharamkan penggunaan kereta, dengan kenderaan yang dibenarkan hanya traktor dan kenderaan berkuda.[3] Pada 2011, pulau Sark diwartakan sebagai pulau "langit gelap" - kawasan yang mengekang pencemaran cahaya bagi tujuan kajian astronomi.[4]
Rujukan
- Too many people – or not enough? Jersey's population dilemma, Jersey Evening Post, 9 April 2015
- "The official website for the Island of Sark". Sark Tourism. 23 Januari 2014. Dicapai pada 1 Februari 2014.
- Walden, Lisa (16 Ogos 2020). "The idyllic car-free island of Sark is looking for 500 new residents". Country Living. Dicapai pada 6 Ogos 2021.
- "Lights Out: Tiny Sark Named First 'Dark-Sky' Island". Npr.org. Dicapai pada 6 Ogos 2021.



