SL Benfica

Sport Lisboa e Benfica ataupun dikenali sebagai Benfica ataupun secara ringkasnya SLB merupakan kelab bola sepak Portugal yang berpangkalan di ibu negara Portugal, Lisbon. Kelab bola sepak ini bermain di liga teratas negara itu, Primeira Liga dan kelab ini merupakan juara terkini.

Benfica
Fail:SL Benfica logo.svg
Nama penuhSport Lisboa e Benfica
GelaranBenfiquistas (penyokong)
As Águias (Helang)
Os Encarnados (Merah)
Diasaskan28 Februari 1904 (1904-02-28)
sebagai Sport Lisboa
StadiumEstádio da Luz
(Muatan: 65,647)
PresidenLuís Filipe Vieira
PengurusJorge Jesus
LigaPrimeira Liga
2018–19Pertama
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan
Musim terkini

Benfica diasaskan pada 28 Februari 1904 dan ia merupakan salah satu kelab Tiga Terbesar (Portugis:Três Grandes) di Portugal bersama pesaing terdekat, Sporting Lisbon dan Porto. Benfica antara kelab yang paling banyak diminati di Portugal dan merupakan peratusan terbesar di negaranya berbanding kelab Eropah lain (47%). Dengan mempunyai 235,000 ahli (sehingga Februari 2014), Benfica merupakan kelab kedua terbesar di dunia di belakang Bayern Munich. Kelab ini merupakan kelab ke-26 terkaya di dunia dengan nilai €109.2 juta. Warna kelab ini adalah merah dan putih dan nama samaran kelab ini adalah Águias (Helang) ataupun Encarnados (Merah) manakala penyokong memanggil kelab ini sebagai Benfiquistas. Sejak 2003, Benfica bermain di stadium halamannya iaitu Estádio da Luz yang menggantikan stadium lama yang telah berusia 49 tahun.

Benfica merupakan kelab paling berjaya berbanding mana-mana kelab Portugal yang lain yang telah memenangi kejohanan domestik sebanyak 71 kali dan jumlahnya termasuk pentas Eropah ialah 73 kali. Benfica merupakan rekod terbesar kelab Portugal yang menjuarai 33 gelaran liga. Pada 2014, Benfica menjuarai tiga kejohanan domestik tiga kali berturut-turut iaitu Primeira Liga, Taca de Portugal (Piala Portugal) dan Taca da Liga (Piala liga). Selain itu, kelab ini juga memenangi Supertaca dan menjadi kelab yang memenangi empat kejohanan domestik dalam masa setahun. Benfica juga memegang rekod Eropah yang banyak memenangi liga domestik.

Pada peringkat antarabangsa, Benfica menjuarai Liga Juara Eropah ataupun Piala Eropah pada 1961 dan 1962. Benfica telah mencapai 10 kali perlawanan akhir peringkat Eropah dan pada kedudukan tujuh pasukan UEFA pernah ke perlawanan akhir. Pada 2009, kelab ini kedudukan ke-9 "Kelab Eropah Abad Ini" oleh IFFHS (Statistik dan Sejarah Bola Sepak Persekutuan Antarabangsa). Pada Januari 2015, kelab ini kedudukan ke-12 pada Kedudukan Dunia Kelab oleh IFFHS.

Penghargaan

Domestik

  • Primeira Liga
Juara (33) (rekod): 1935–36, 1936–37, 1937–38, 1941–42, 1942–43, 1944–45, 1949–50, 1954–55, 1956–57, 1959–60, 1960–61, 1962–63, 1963–64, 1964–65, 1966–67, 1967–68, 1968–69, 1970–71, 1971–72, 1972–73, 1974–75, 1975–76, 1976–77, 1980–81, 1982–83, 1983–84, 1986–87, 1988–89, 1990–91, 1993–94, 2004–05, 2009–10, 2013–14
  • Taça de Portugal
Juara (25) (rekod): 1939–40, 1942–43, 1943–44, 1948–49, 1950–51, 1951–52, 1952–53, 1954–55, 1956–57, 1958–59, 1961–62, 1963–64, 1968–69, 1969–70, 1971–72, 1979–80, 1980–81, 1982–83, 1984–85, 1985–86, 1986–87, 1992–93, 1995–96, 2003–04, 2013–14
  • Taça da Liga
Juara (5) (rekod): 2008–09, 2009–10, 2010–11, 2011–12, 2013–14
  • Supertaça Cândido de Oliveira
Juara (5): 1980, 1985, 1989, 2005, 2014

Eropah

Juara (2): 1960–61, 1961–62

Pemain

Pemain terkini

Sehingga 15 Januari 2015
No. Posisi Pemain
1 GK Artur
2 DF Lisandro López
3 DF Steven Vitória
4 DF Luisão (Kapten)
5 MF Ljubomir Fejsa
6 MF Rúben Amorim
7 MF Andreas Samaris
8 FW Miralem Sulejmani
9 FW Derley
10 MF Nicolás Gaitán
11 FW Lima
13 GK Paulo Lopes
14 DF Maxi Pereira
15 MF Ola John
17 FW Jonas
No. Posisi Pemain
18 MF Eduardo Salvio
19 DF Eliseu
20 GK Júlio César
21 FW Pizzi
22 FW Franco Jara
23 DF Loris Benito
24 MF Bryan Cristante
28 DF Sílvio (pinjaman dari Atlético Madrid)
30 MF Talisca
33 DF Jardel
34 MF André Almeida
37 DF César
FW Michel
FW Yannick Djaló
MF Hany Mukhtar

Pemain dipinjam

No. Posisi Pemain
16 FW Nélson Oliveira (ke Swansea City sehingga 30 Jun 2015)
32 FW Tiago (ke Córdoba sehingga 31 Disember 2015)
42 DF Luís Felipe (ke Joinville sehingga 31 Disember 2015)
50 MF Candeias (ke Nürnberg sehingga 30 Jun 2015)
90 FW Ivan Cavaleiro (ke Deportivo sehingga 30 Jun 2015)
94 MF Bernardo Silva (ke Monaco sehingga 30 Jun 2015)
No. Posisi Pemain
MF Airton (ke Botafogo sehingga 30 Jun 2015)
FW Rogelio Funes Mori (ke Eskişehirspor sehingga 30 Jun 2015)
MF Filip Đuričić (ke Mainz 05 sehingga 30 Jun 2015)
MF Luis Fariña (ke Deportivo sehingga 30 Jun 2015)
DF João Cancelo (ke Valencia sehingga 30 Jun 2015)
DF Sidnei (ke Deportivo sehingga 30 Jun 2015)

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.