Ragad Waleed Alkurdi

Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib adalah isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Toh Puan Datuk Seri Utama Hajah

Raghad Kurdi Taib

Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Memegang jawatan
2014
PemimpinAbdul Taib Mahmud
Didahului olehToh Puan Norkiah Abdullah
Isteri Ketua Menteri Sarawak
Dalam jawatan
2010–2014
PemimpinAbdul Taib Mahmud
Didahului olehToh Puan Laila Taib
Digantikan olehPuan Sri Jamilah Anu
Butiran peribadi
LahirRagad Waleed Alkurdi
15 Januari 1980
Damsyik, Syria
PasanganAbdul Taib Mahmud (k. 2010)
Ibu bapaWaleed Al Kurdi
Janbakli Hiam Ahmad

Keluarga

Raghad dilahirkan di Damsyik,Syria pada 15 Januari 1980. Beliau adalah anak bongsu daripada empat adik beradik, anak kepada Waleed Alkurdi dan Khayami Alkurdi. Adik-beradiknya yang lain adalah Samer, Mohamad dan Samar. Keluarganya berpindah ke Riyadh, Arab Saudi ketika Raghad masih muda. Malangnya, bapa mereka meninggal dunia pada tahun 2003.

Moyang beliau merupakan seorang 'Wari' dari Orfa, Kurdistan. Nama asal moyang mereka adalah Khalil Orfali yang kemudiannya menukar nama kepada Al-Kurdi apabila berpindah ke Syria[1].

Perkahwinan

Ragad mendirikan rumah tangga dengan Abdul Taib Mahmud di usia 30 tahun pada 18 Disember 2010[2]. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kali kedua Abdul Taib selepas isteri pertamanya, Laila Taib meninggal dunia pada 2009.

Sumbangan

Ragad menubuhkan sebuah yayasan, Ragad Foundation bagi menyalurkan sumbangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak, dan pembangunan pendidikan golongan luar bandar[3].

Anugerah dan pengiktirafan

  •  Sarawak
    • Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk Patinggi (2015).
  •  Pahang
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri (2014).
  •  Wilayah Persekutuan
    • Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - Datuk Seri Utama (2021).

Rujukan

  1. GERYL OGILVY RUEKEITH (Januari 16, 2011). "A truly glittering wedding reception". The Borneo Post. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  2. Mimpi indah isteri Taib jadi kenyataan
  3. Hafiz Ithnin (10 Mei 2021). "Bantu warga sarawak". Harian Metro. Dicapai pada 26 Januari 2022.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.