Paun sterling

Paun sterling (simbol: £; kod ISO: GBP), dibahagikan kepada 100 peni, merupakan mata wang United Kingdom, Wilayah Luar Negeri British dan Wilayah Tanggungan Mahkota.[1][2][3]

Sterling ialah mata wang keempat paling diniagakan dalam pasaran pertukaran asing, selepas dolar Amerika Syarikat, euro dan yen Jepun. Sterling juga menjadi mata wang rizab ketiga disimpan dalam rizab sejagat (kira-kira 4%).[4][5]

Subbahagian

Sejak diperpuluhkan pada 15 Februari 1971 (lihat Hari Perpuluhan), paun telah dibahagikan kepada 100 peni. Sebelum itu, paun dibahagikan kepada 20 syiling dan setiap syiling dibahagikan kepada 12 peni lama, menjadikan 240 peni sama dengan satu paun.

Rujukan

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.