Pilihan raya umum presiden Indonesia 2014

Pilihan raya umum presiden Indonesia ke-3 diadakan pada 9 Julai 2014[2] dan mempertandingkan bekas jeneral Prabowo Subianto melawan gabenor Jakarta, Joko Widodo; presiden semasa Susilo Bambang Yudhoyono telah mencapai maksimum dua penggal jawatan.[3][4] Pada 22 Julai Komisi Pemilihan Umum mengumumkan kemenangan Joko Widodo. Beliau dan naib presidennya, Jusuf Kalla, dijangka akan mengangkat sumpah jawatan pada 20 Oktober 2014, bagi penggal 5 tahun.

Pilihan raya umum presiden Indonesia 2014

9 Julai 2014
Pengundi hadir70.6%[1]
 
Calon Joko Widodo Prabowo Subianto
Parti PDI-P Gerindra
Calon pasangan Jusuf Kalla Hatta Rajasa
Undian popular 70,997,833 62,576,444
Peratusan 53.15% 46.85%

Presiden sebelum pilihan raya

Susilo Bambang Yudhoyono
Demokrat

Dipilih Presiden

Joko Widodo
PDI-P

Menurut undang-undang pilihan raya 2008, hanya parti atau parti campuran yang mengawal 20% kerusi DPR atau memenangi 25% undi popular dalam pilihan raya umum parlimen 2014 layak mengemukakan calon. Undang-undang ini telah dicabar di Mahkamah Konstitusi Indonesia,[5] namun pada akhir Januari 2014 Mahkamah memutuskan yang syarat itu akan kekal bagi pilihan raya ini.[6] Tiada parti yang melepasi ambang ini pada pilihan raya 2014, jadi dua parti campuran dibentuk. Presiden semasa Susilo Bambang Yudhoyono secara rasminya berkecuali namun Parti Demokratnya cenderung terhadap gabungan Prabowo Subianto.

Parti politik

Calon presiden dicalonkan secara individu (bersama dengan calon naib presiden sebagai teman); bagaimanapun, sokongan daripada parti politik memainkan peranan dalam menentukan keputusan.

  • Pada 2004, 24 parti menyertai pilihan raya nasional dan 16 mendapat jumlah kerusi yang cukup untuk diwakili di parlimen.
  • Pada 2009, 38 parti menyertai pilihan raya nasional dan 9 mendapat jumlah kerusi yang cukup untuk diwakili di parlimen.
  • Pada 2014, 12 parti menyertai pilihan raya nasional manakala 3 lagi hanya bertanding di Aceh. 12 parti tersebut ialah:
PanggilanPartiMenyokongKerusi DPR % Kerusi DPR % Undian Perundangan
GerindraPartai Gerakan Indonesia RayaCalon: Prabowo Subianto (Gerindra)
Teman: Hatta Rajasa (PAN)
Gabungan majoriti:
Gerindra/Golkar/PPP/PKS/PAN/Demokrat
353 / 560
63.04%59.12%
GolkarPartai Golongan Karya
PPPPartai Persatuan Pembangunan
PKSPartai Keadilan Sejahtera
PANPartai Amanat Nasional
PBBPartai Bulan Bintang
PDPartai Demokrat *
PDI–PPartai Demokrasi Indonesia PerjuanganCalon: Joko Widodo[7] (PDI-P)
Teman: Jusuf Kalla (Golkar)
Gabungan minoriti:
PDI–P/Hanura/NasDem/PKB
207 / 560
36.96%40.88%
HanuraPartai Hati Nurani Rakyat
NasDemPartai Nasional Demokrat
PKBPartai Kebangkitan Bangsa
PKPIPartai Keadilan dan Persatuan Indonesia
  •   Tiada kerusi di DPR
  • Secara rasmi, ketua Parti Demokrat dan presiden semasa Susilo Bambang Yudhoyono berkecuali dalam pilihan raya ini.[8]

Keputusan rasmi

Ringkasan keputusan pilihan raya umum presiden Indonesia 9 Julai 2014[9]
Calon Teman Parti Undi  %
Joko Widodo Jusuf Kalla Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan 70,997,833 53.15
Prabowo Subianto Hatta Rajasa Partai Gerakan Indonesia Raya 62,576,444 46.85
Jumlah 133,574,277 100.00
Undi sah 133,574,27798.98
Undi rosak 1,379,6901.02
Kedatangan 134,953,96769.58
Tidak mengundi 58,990,18330.42
Pengundi berdaftar 193,944,150
Sumber: KPU Diarkibkan 2014-10-21 di Wayback Machine

Rujukan

  1. Hill, Cameron (28 Mac 2014). "Indonesia's 2014 national elections: a quick guide". Parliament of Australia. Dicapai pada 6 Jun 2014.
  2. Denny Indrayana (2008) Indonesian Constitutional Reform 1999-2002: An Evaluation of Constitution-Making in Transition, Kompas Book Publishing, Jakarta ISBN 978-979-709-394-5.
  3. Law No. 42/2008 on the Election of the President and Vice-president (Indonesia)
  4. Markus Junianto Sihaloho, 'Presidential Threshold Likely to Here to Stay', The Jakarta Globe, 13 September 2013.
  5. Ina Parlina, 'Ruling stymies Prabowo's bid', The Jakarta Post, 25 Januari 2014.
  6. Kuwado, Fabian Januarius. "Jokowi: Saya Siap Jadi Capres dari PDI-P". Kompas. Dicapai pada 14 Jun 2014.
  7. JK Apresiasi Sikap SBY yang Netral, Yahoo News, 5 Julai 2014
  8. The Jakarta Post (22 Julai 2014). "Jokowi named president-elect". Dicapai pada 22 Julai 2014.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.