Pihak Berikat

Pihak Bersekutu Perang Dunia II, dipanggil Bangsa-Bangsa Bersatu dari Deklarasi 1 Januari 1942, adalah negara-negara yang bersama menentang Kuasa Paksi semasa Perang Dunia Kedua (1939–1945). Pihak Bersekutu menonjolkan perikatan ini sebagai usaha untuk menghentikan pencerobohan Jerman, Jepun dan Itali.

Pihak Bersekutu Perang Dunia II

Bangsa-Bangsa Bersatu
1939–1945
  •      Kuasa Bersekutu (dan jajahan mereka)
  •      Kemasukkan Sekutu selepas Serangan Pearl Harbor
  •      Kuasa Paksi dan rakan perang
  •      Kuasa Berkecuali (dan jajahan mereka)


Negara yang diduduki dengan kerajaan dalam buangan:

Negara Sekutu kombatan lain:

Bekas Kuasa Paksi atau rakan perang:
StatusPerikatan ketenteraan
Era SejarahPerang Dunia II
 Didirikan
1939
 Dibubarkan
1945
Didahului oleh
Diganti oleh
Pihak Bersekutu Perang Dunia I
United Nations
NATO
Warsaw Pact
"Bendera Kehormat Bangsa-Bangsa Bersatu", digunakan sebagai simbol Sekutu masa perang, 1943–1948
Para pemimpin Eropah: Joseph Stalin, Franklin D. Roosevelt dan Winston Churchill bertemu di Persidangan Tehran pada 1943
Para pemimpin Bersekutu Kancah Asia dan Pasifik: Generalisimo Chiang Kai-shek, Franklin D. Roosevelt, dan Winston Churchill bertemu di Persidangan Kaherah pada 1943
Presiden Amerika Franklin D. Roosevelt dan Perdana Menteri British Winston Churchill dan para penasihat mereka di Persidangan Casablanca, 1943

Pada permulaan perang 1 September 1939, pihak Sekutu terdiri daripada Perancis, Poland dan United Kingdom, serta negara tanggungan, seperti British India. Dalam beberapa hari mereka telah disertai oleh Dominion merdeka Komanwel British: Australia, Kanada, New Zealand dan Afrika Selatan.[1] Selepas bermulanya pencerobohan Jerman ke atas Utara Eropah sehingga Kempen Balkan, Belanda, Belgium, Greece dan Yugoslavia menyertai pihak Sekutu. Mula-mula berkerjasama dengan Jerman dalam Pencerobohan Poland dan masa yang sama kekal berkecuali dalam konflik Bersekutu-Paksi, Soviet Union terus menyertai pakatan Bersekutu pada Jun 1941 selepas di serang oleh Jerman. Pihak Amerika Syarikat menyediakan materiel peperangan dan wang di sepanjang masa, dan secara rasmi menyertainya pada Disember 1941 selepas Jepun menyerang Pearl Harbor. China telahpun berada dalam perang berpanjangan dengan Jepun sejak Insiden Jambatan Lugou tahun 1937, tetapi secara rasmi menyertai pihak Sekutu pada tahun 1941.

Perikatan itu telah dimuktamadkan oleh Deklarasi oleh Bangsa-Bangsa Bersatu, dari 1 Januari 1942. Bagaimanapun, nama Bangsa-Bangsa Bersatu jarang digunakan bagi menamakan pihak Bersekutu semasa perang. Para pemimpin "Tiga Pembesar" – UK, Soviet Union, dan Amerika Syarikat – mengawal strategi Bersekutu; hubungan antara United Kingdom dan Amerika Syarikat adalah begitu rapat. China dan Tiga Pembesar dirujuk sebagai "pemegang amanah yang kuat",[2] kemudian dikenali sebagai "Empat Pembesar" Bersekutu dalam Deklarasi oleh Bangsa-Bangsa Bersatu[3] dan kemudian sebagai "Empat Polis" Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada tahun 1945, negara-negara Bersekutu menjadi asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[4]

Lihat juga

  • Pihak Bersekutu Perang Dunia I
  • Sejarah diplomatik Perang Dunia II
  • Dunia Bebas
  • Pengeluaran ketenteraan Perang Dunia II
  • Kuasa Berkecuali semasa Perang Dunia II
  • Perang Dunia II mengikut negara

Nota kaki

  1. Davies 2006, pp 150–151.
  2. Doenecke, Justus D.; Stoler, Mark A. (2005). Debating Franklin D. Roosevelt's foreign policies, 1933–1945. Rowman & Littlefield.
  3. Hoopes, Townsend, and Douglas Brinkley. FDR and the Creation of the U.N. (Yale University Press, 1997)
  4. Ian C. B. Dear and Michael Foot, eds. The Oxford Companion to World War II (2005), pp 29, 1176

Bibliografi

  • Davies, Norman (2006), Europe at War 1939–1945: No Simple Victory. London: Macmillan. ISBN 0-333-69285-3
  • Dear, Ian C. B. and Michael Foot, eds. The Oxford Companion to World War II (2005), comprehensive encyclopedia for all countries
  • Overy, Richard (1997), Russia's War: A History of the Soviet Effort: 1941–1945. New York: Penguin. ISBN 0-14-027169-4.
  • R. Holland (1981), Britain and the Commonwealth alliance, 1918–1939, London: Macmillan. ISBN 978-0-333-27295-4
  • Weinberg, Gerhard L. A World at Arms: A Global History of World War II (1994) comprehensive coverage of the war with emphasis on diplomacy excerpt and text search

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.