Perintang

Perintang ialah sejenis komponen elektronik dua-terminal yang menghasilkan voltan merentangi terminalnya yang berkadar dengan arus elektrik melaluinya selaras dengan hukum Ohm:

Perintang biasa
Simbol perintang (Eropah)
Simbol perintang (AS)

Unit

Ohm (simbol: Ω) ialah unit SI bagi rintangan elektrik, dinamakan sempena Georg Simon Ohm. Satu ohm bersamaan satu volt seampere. Kerana perintang ditentukan dan dikilangkan dalam satu julat nilai yang besar, unit-unit terbitan milliohm (1 mΩ = 10−3 Ω), kilohm (1 kΩ = 103 Ω), dan megohm (1 MΩ = 106 Ω) juga biasa digunakan.

Salingan bagi rintangan R disebut kealiran G = 1/R dan diukur dalam siemens (unit SI), kadangkala sebagai mho. Maka, satu siemens adalah silangan bagi satu ohm: . Walaupun konsep kealiran sering digunakan dalam analisis litar, perintang praktikal sentiasa dinyatakan dalam sebutan rintangannya (ohm) berbanding dengan sebutan kealirannya.

Lihat juga

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.