Perawan Malam

Filem Perawan Malam merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1988. Filem Perawan Malam diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Perawan Malam
PengarahDatuk Aziz Sattar
PenulisLakon layar:
DibintangiDharma Harun , Salih Yaccob, Rosyam Nor, Ziela Jalil
Tarikh tayangan
1988
Negara Malaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Filem Perawan Malam mula ditayangkan pada 1988 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Dharma Harun, Salih Yaccob, Rosyam Nor, Ziela Jalil dan ramai lagi.

Pengarah

Filem Perawan Malam diarah oleh pengarah Datuk Aziz Sattar pada 1988.

Ringkasan

Mengisahkah tiga orang sekawan, Kamal, Kamis & Kamil, yang menjumpai Pontianak semasa perkhemahan di dalam hutan. Tengkuk Pontianak itu telah dipaku oleh Kamal dan ia berubah menjadi seorang perempuan cantik. Kamal menamakan perempuan itu ‘Perawan’.

Perawan telah dibawa pulang oleh mereka untuk diajarkan supaya menjalani kehidupan seperti manusia. Walau bagaimanapun, Perawan masih tetap mempunyai sifat-sifat Pontianak seperti mengghaibkan diri & menghisap darah. Banyak kejadian-kejadian yang menyeramkan telah menimpa Kamal & kawan-kawannya.

    Pelakon

    • Dharma Harun - Kamal
    • Salleh Yaccob - Kamil
    • Rosyam Nor - Kamis
    • Ziela Jalil - Perawan
    • Suhaina Yahya - Kalsom
    • Lily Patra - Kamsiah
    • Aziz Satar - Bapak Kalsom
    • Hasnah Ibrahim - Emak Kalsom
    • Wazata Zain - Pemandu Teksi
    • Imuda - Bapok pondok telefon (Pelakon Undangan)

    Lagu

      Pencapaian

        Lihat juga


        Pautan luar

          This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.