Pemvulkanan

Pemvulkanan atau vulkanisasi adalah proses mencampurkan getah asli dengan bahan tertentu, seperti lazimnya atom sulfur,[1] menjadikan getah ini menjadi lebih kenyal, lebih tahan haba dan lebih kuat berbanding getah asli.[2][3]

Proses ini mendapat namanya dari Vulcanus, dewa api dan pertukangan besi Rom Purba.

Prinsip

Molekul-molekul getah mentah lazimnya disusun bengkang-bengkok dan tidak berpola.[4] Pengisian belerang berpemangkin zink oksida menyebabkan suatu tindak balas menghasilkan ikatan silang antara molekul-molekul ini sehingga terjadi gaya tahan antara molekul getah.[4] Ikatan silang ini mampu mengekalkan sifat kemuluran getah dengan sebanyak mana tekanan yang dikenakan kepada bahan akhir.[4] Sifat getah yang dikuatkan ini tidak boleh diundur kembali.

Rujukan

  1. Compact Guide SPM Sciences Bilingual.
  2. Bilingual CHEMISTRY
    By Pek Soo Tan
  3. James E. Mark, Burak Erman (eds.) (2005). Science and technology of rubber. m/s. 768. ISBN 0-12-464786-3.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  4. Chang R. 2003. Kimia Dasar: Konsep-konsep Inti Jl. 2 Ed. 3. Jakarta: Erlangga.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.