Paganisme

Paganisme (dari perkataan Latin paganus, bermaksud "penduduk kampung") adalah istilah umum yang digunakan untuk merujuk amalan kerohanian di Eropah sebelum kedatangan Kristian. Dengan kata lain, istilah ini digunakan untuk tradisi kepercayaan kepada banyak tuhan, dewa dan dewi atau agama masyarakat jahiliyah dari kaca mata barat atau Kristian. Istilah ini mempunyai pelbagai maksud dari perspektif barat. Ia mempunyai konotasi kepercayaan pelbagai tuhan, kerohanian, dan amalan animistik atau kebomohan.

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.