Opsss... Terpikat Cik Sombong
Opsss... Terpikat Cik Sombong merupakan drama adaptasi novel karya Cici Aida yang diterbitkan pada tahun 2018. Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Dayang Areeda, Nafiez Zaidi, Ariff Aziz, Nelissa Edreena, Liza Abdullah dan ramai lagi. Drama ini mulai disiarkan bermula 10 Disember 2018 pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 9 malam di saluran Unifi TV.
| Opsss... Terpikat Cik Sombong | |
|---|---|
| Genre | Cinta Keluarga Komedi |
Berdasarkan daripada | Opsss... Terpikat Cik Sombong karya Cici Aida |
| Pencipta | Cici Aida |
| Pengarah | Khalid Nadzri |
Dibintangi oleh | Shukri Yahaya Dayang Areeda Nafiez Zaidi Nelissa Ereena Liza Abdullah Razak Ahmad Shakila Khoriri Khalida Balqis Azlan Mokhtar Jesse Lim |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Bilangan episod | 30 |
| Penerbitan | |
Pemasangan kamera | Tetapan multi kamera |
| Tempoh siaran | 48 minit (per episod) |
Syarikat penerbitan | Khalida Productions Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Unifi TV |
| Format gambar | 1080i (HDTV) |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 10 Disember 2018 – 19 Mac 2019 |
Sinopsis
Ira Harisya. Cantik, manis dan penuh gaya dengan aura memikat. Namun begitu, Ira Harisya benci lelaki yang suka ambil kesempatan pada perempuan cantik sepertinya. Lebih-lebih lagi, lelaki itu Zeid Farhans.
Bengang! Benci! Meluat! Tiga rasa bersatu dalam hati Ira Harisya, bila Farhans bekerja sebagai pemandu peribadi Tan Sri Rashid. Ingat dia hairan sekalipun depan mata dia tu cucu lanun. Silap besarlah. Berani cuba nak dekat-dekat dengan dia memang merasa jadi punching bag.
Berkahwin, bukanlah pilihan terakhir Farhans. Tapi sebagai lelaki yang bertanggungjawab, dia memilih untuk menjaga Ira Harisya. Berbeza dengan Ira Harisya, hanya kesakitan yang dibawa sehingga ke gerbang perkahwinan.
Bila keputusan sudah dibuat Tan Sri Rashid, tiada siapa yang mampu membantah termasuk Ira Harisya. Benci hatinya tidak mampu diungkapkan. Makin terluka bila Farhans menjadi suami. Suami yang tidak dirancang. Namun, bagi Farhans, itulah permatanya. Itulah berlian yang kilauannya sangat mahal. Dia suka Ira Harisya. Selamanya akan suka! Opss…dia sudah terpikat pada cik sombong, Tetapi Ira Harisya, bila dia kata tak suka, bermakna selamanya dia tak akan suka!
Pelakon
- Shukri Yahaya sebagai Zeid Farhans
- Dayang Areeda sebagai Ira Harisya
- Nafiez Zaidi sebagai Tengku Reez
- Ariff Aziz sebagai Imran
- Liza Abdullah sebagai Puan Sri Marlia
- Nelissa Edreena
- Razak Ahmad
- Shakila Khoriri
- Khalida Balqis
- Azlan Mokhtar
- Jesse Lim