NASDAQ
NASDAQ ialah sebuah bursa saham Amerika Syarikat. Nama penuhnya ialah National Association of Securities Dealers Automated Quotation (Sebut Harga Automatik Persatuan Peniaga Sekuriti Kebangsaan). NASDAQ ialah pasaran perdagangan sekuriti ekuiti berskrin elektronik terbesar di Amerika Syarikat. Dengan kira-kira 3,700 syarikat dan perbadanan, bursa ini menikmati jumlah dagangan sejam yang terbanyak di kalangan semua bursa saham di dunia.[3]
| NASDAQ نسدق | |
|---|---|
| Maklumat am | |
| Nama lain | Sebut Harga Automatik Persatuan Peniaga Sekuriti Kebangsaan |
| Jenis saham | Bursa saham |
| Ditubuhkan | 4 Februari 1971 |
| Pemilik | Kumpulan The NASDAQ OMX |
| Orang penting | Robert Greifeld (CEO) H. Furlong Baldwin (Pengerusi) |
| Mata wang | Dolar Amerika Syarikat |
| Penyenaraian | 2,709 (September 2013)[1] |
| Permodalan pasaran | AS$4.45 trilion (Januari 2012)[2] |
| Jumlah | AS$982 bilion (Februari 2011) |
| Indeks | NASDAQ Bank NASDAQ-100 |
| Laman sesawang | www |
| Maklumat lokasi | |
| Negara | |
| Lokasi | Bandaraya New York, New York |
| sunting Lihat pendokumenan templat ini | |
Sebut harga
Sebut harga NASDAQ terdiri daripada tiga tahap:
- Tahap 1 menunjukkan bidaan tertinggi dan tawaran terendah, iaitu sebut harga dalamannya.[4]
- Tahap 2 menunjukkan semua sebut harga awam penggerak pasaran bersama maklumat penggerak pasaran yang berhasrat untuk menjual atau membeli saham dan pesanan-pesanan yang baru dilaksanakan.[5]
- Tahap 3 digunakan oleh penggerak pasaran untuk membolehkan mereka memasukkan sebut harga dan melakukan pesanan.
Waktu perdagangan
NASDAQ bermula dengan sesi pra-pasaran dari jam 7.00 hingga 9.30 pagi, diikuti sesi perdagangan biasa dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang, dan sesi pasca-pasaran dari 4.00 hingga 8.00 malam (semua waktu dinyatakan dalam EST).[6]
Indeks
- NASDAQ-100
- Komposit NASDAQ
- NASDAQ Bank
Lihat juga
- ACT (NASDAQ)
- NASDAQ futures
- NASDAQ MarketSite
Rujukan
- "NASDAQ Companies - NASDAQ.com". NASDAQ. Dicapai pada 29 Disember 2011.
- "World-exchanges.org". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-13. Dicapai pada 2013-11-14.
- "NASDAQ Performance Report". NASDAQ Newsroom. The Nasdaq Stock Market. 2007-01-12. Dicapai pada 2007-02-15.
- Carta dan Sebut Harga NASDAQ , TradingView, Dicapai pada 19 Oktober 2017.
- "Order Book, Level 2 Market Data, and Depth of Market". daytrading.about.com.
- Market Hours, NASDAQ via Wikinvest
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.