Musrad

Musa bin Radhi atau lebih dikenali sebagai Musrad merupakan pemain bass dan keyboard kumpulan Exists yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air selain merupakan ketua dan anggota tertua dalam kumpulan tersebut.[1] Beliau merupakan nadi utama kumpulan Exists selain gitaris utamanya, Along yang juga anak saudaranya kerana banyak mencipta dan menulis lirik lagu-lagu untuk kumpulan mereka sendiri. Beliau juga pernah bekerja sebagai A&R di NAR Records dan juga menjadi penerbit untuk artis lain. Populariti beliau sebagai seorang penulis lirik mula meledak naik menerusi dua buah lagu nyanyian Siti Sarah iaitu Kesetiaan dan Saat Hilang Cintamu.

Musa Exists
Nama lahirMusa bin Radhi
Juga dikenali sebagai
Musrad
Kelahiran (1972-12-01) 1 Disember 1972
Johor Bahru, Johor, Malaysia
PekerjaanPemuzik, penulis lirik
InstrumenBass
Tahun aktif1991—kini
Pengkarya berkait
Exists

Pautan luar

  1. "Pengalaman matangkan Exists". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-29. Dicapai pada 2019-02-01.


This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.