Muhammadiyah

Muhammadiyah ialah sebuah organisasi Islam yang besar di Indonesia. Nama organisasi ini diambil dari nama Nabi Muhammad SAW, sehingga Muhammadiyah juga dapat dikenal sebagai orang-orang yang menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW. Muhammadiyah memiliki arti pengikut Nabi Muhammad.

Muhammadiyah
Lambang Persyarikatan Muhammadiyah
Pembentukan8 Zulhijah 1330 H (18 November 1912 (1912-11-18))
PengasasK.H. Ahmad Dahlan
JenisOrganisasi Masyarakat Islam
TujuanKeagamaan, pendidikan, dan sosial
Ibu pejabat
Kawasan berkhidmat
Indonesia
Ahli50 juta
Ketua Umum
Prof. Dr. KH. Haedar Nashir, M.Si.
Laman web rasmimuhammadiyah.or.id

Tujuan utama Muhammadiyah ialah mengembalikan seluruh penyimpangan yang terjadi dalam proses dakwah. Penyimpangan ini sering menyebabkan ajaran Islam bercampur dengan adat di kawasan tertentu kerana alasan adaptasi.

Gerakan Muhammadiyah dicirikan oleh semangat membina ketertiban sosial dan pendidikan awam yang lebih maju dan berpendidikan. Menunjukkan ajaran Islam bukan hanya agama yang bersifat peribadi dan statik, tetapi dinamis dan diposisikan sebagai sistem kehidupan manusia dalam semua aspeknya.

Dalam pembentukannya, Muhammadiyah banyak memperhatikan perintah Al-Quran, termasuk surah Ali 'Imran ayat 104 yang berbunyi: (dalam Bahasa Indonesia) Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. Ayat tersebut menurut tokoh-tokoh Muhammadiyah, ini mengandungi isyarat untuk pergerakan umat dalam melaksanakan dakwah Islam secara terorganisasi, yang juga mengandungi penegasan mengenai kehidupan berorganisasi. Maka dalam poin ke-6 Muqaddimah dari Tataurusan Muhammadiyah dinyatakan, (dalam Bahasa Indonesia) melancarkan amal-usaha dan perjuangan dengan ketertiban organisasi, yang bermakna kepentingan organisasi sebagai alat pergerakan yang diperlukan.

Sebagai dampak positif dari organisasi ini, sekarang ada banyak hospital, panti asuhan, dan pusat pendidikan di seluruh Indonesia.

Sejarah

Pusat Dakwah Muhammadiyah di Jakarta

Muhammadiyah didirikan di Kampung Kauman Yogyakarta pada 8 Dzulhijjah 1330 H/18 November 1912 oleh Muhammad Darwis yang kemudian dikenali sebagai K.H. Ahmad Dahlan.

Beliau adalah pegawai kesultanan Keraton Yogyakarta sebagai seorang khatib dan sebagai pedagang. Melihat keadaan umat Islam pada waktu itu dalam keadaan jumud, beku dan penuh dengan amalan-amalan yang bersifat mistik, beliau tergerak hatinya untuk mengajak mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Oleh kerana itu beliau memberikan pengertian keagamaan di rumahnya di tengah kesibukannya sebagai Khatib dan pedagang.

Semula ajaran ini ditolak, namun berkat ketekunan dan kesabarannya, akhirnya mendapat sambutan dari keluarga dan rakannya. Profesinya sebagai pedagang sangat mendukung ajakan beliau, sehingga dalam waktu singkat ajakannya menyebar ke luar kampung Kauman bahkan sampai ke luar daerah dan ke luar daripada Pulau Jawa. Untuk mengorganisasi kegiatan tersebut maka didirikan Persyarikatan Muhammadiyah. Dan kini Muhammadiyah telah ada di seluruh penjuru negeri.

Di samping memberikan pelajaran/pengetahuannya kepada laki-laki, beliau juga memberi pelajaran kepada kaum perempuan muda dalam forum pengajian yang disebut "Sidhratul Muntaha". Pada siang hari pelajaran untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Pada malam hari untuk kanak-kanak yang telah dewasa.

Di samping memberikan kegiatan kepada laki-laki, pengajian kepada ibu-ibu dan kanak-kanak, beliau juga mendirikan sekolah-sekolah. Tahun 1913 sampai tahun 1918 beliau telah mendirikan sekolah dasar sejumlah 5 buah, tahun 1919 mendirikan Hooge School Muhammadiyah ialah sekolah lanjutan. Tahun 1921 diganti namanya menjadi Kweek School Muhammadiyah, tahun 1923, dipecah menjadi dua, laki-laki sendiri perempuan sendiri, dan akhirnya pada tahun 1930 namanya diubah menjadi Muallimin dan Muallimat

Organisasi autonomi

Muhammadiyah juga memiliki beberapa organisasi autonomi, yaitu:

  • 'Aisyiyah (Wanita Muhammadiyah)
  • Pemuda Muhammadiyah
  • Nasyiatul Aisyiyah (Putri Muhammadiyah)
  • Ikatan Pelajar Muhammadiyah (IPM)
  • Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah (IMM)
  • Hizbul Wathan (Gerakan kepanduan)
  • Tapak Suci Putera Muhammadiyah (Perguruan silat)

Senarai Pemimpin Muhammadiyah

#FotoNamaMasa JawatanTempat Musyawarah
1.K.H. Ahmad Dahlan1 Ogos 1912–23 Februari 1923Yogyakarta
2.K.H. Ibrahim23 Februari 1923–13 Oktober 1932Yogyakarta
3.K.H. Hisyam10 November 1934-20 Mei 1936Yogyakarta
4.K.H. Mas Mansur25 Jun 1937–25 April 1942Yogyakarta
5.Ki Bagoes Hadikoesoemo24 November 1944–4 November 1953Yogyakarta
6.Buya A.R. Sutan Mansur4 November 1953–25 Mac 1959Purwokerto
7.K.H. M. Yunus Anis25 Mac 1959–3 Jun 1962Palembang
8.K.H. Ahmad Badawi3 Jun 1962–25 April 1968Jakarta
9.K.H. Faqih Usman25 April 1968–3 Oktober 1968Palembang
10.K.H. Abdul Rozak Fachruddin3 Oktober 1968-17 Mac 1971Fait Accompli
17 Mac 1971–15 Disember 1990Makasar
11.K.H. Ahmad Azhar Basyir15 Disember 1990-28 Jun 1995Yogyakarta
12.Prof. Dr. H. Amien Rais28 Jun 1995–26 April 1998Banda Aceh
13.Prof. Dr. H. Ahmad Syafi'i Ma'arif26 April 1998-31 Mei 2000Sesi Pleno Tanwir & Mesyuarat
31 Mei 2000–25 November 2005Jakarta
14.Prof. Dr. K.H. Din Syamsuddin, M.A.31 Ogos 2005–8 Julai 2010Malang
8 Julai 2010–6 Mei 2015Yogyakarta
15.Dr. K.H. Haedar Nashir7 Mei 2015 – Penyandang jawatanMakassar

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.